بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2021/2022 hampir menamatkan sesi pentadbiran yang telah pun menjangkau hampir 10 bulan sejak Februari 2021 yang lalu. Dengan tertubuhnya Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) 2021 maka menandakan bermulanya pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2022/2023.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Penetapan AJKT kekal seramai 4 orang telah diputuskan pada mesyuarat AJKT pada 8 November 2021. Namun atas beberapa faktor, hanya 2 orang AJKT yang akan kekal pada sesi akan datang. Dengan ini, AJKT lelaki yang dikekalkan ke sesi seterusnya ialah;

Muhammad Nuqosh Wahbah bin Othman

 

 

 

 

Manakala AJKT wanita yang dikekalkan ialah;

Khairun Nida’ binti Zakaria

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada 2 orang AJKT yang telah dikekalkan dan diharapkan agar dengan ketetapan ini barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan lebih maju dan konsisten dalam gerak kerja pada sesi akan datang inshaAllah. Kami juga ingin menyeru agar seluruh ahli PCI sama-sama mengambil cakna akan pemilihan pimpinan di PERUBATAN Cawangan Iskandariah pada kali ini kerana sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kita sebagai ahli untuk memilih pemimpin yang selayaknya selari dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud ;

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. al-Nisa’ ayat 58).

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

Aiman bin Nizar

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022.

 

 

 

‘Izzah Afifah binti Ismail

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :