ISKANDARIAH, 29 NOVEMBER 2014 – “PILIHAN ANDA, SUARA ANDA”. Kehangatan demam pilihan raya kini sudah bermula. Pilihan Raya Cawangan merupakan medium utama bagi memberi peluang kepada ahli PERUBATAN seluruh cawangan di Mesir untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui jentera pimpinan PERUBATAN sesi baru.

 

Seramai 11 calon ikhwah dan 12 calon akhawat hadir pada hari pencalonan Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang diadakan di Teratak Iskandariah demi merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Cawangan Iskandariah, Pengerusi dan juga ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN(MTP) sesi 2015/2016.

 

Tahun Tiga, (PHYLOX) kelihatan mendominasi kerusi yang kebanyakannya terdiri daripada calon-calon yang pertama kali bertanding untuk kerusi pilihan raya kali ini. Tidak ketinggalan untuk kerusi hangat pada tahun ini, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) yang mengetengahkan Muhammad Faris bin Zulkifli, Ketua Jabatan Bendahari PCI yang bakal berentap dengan Nurhakim bin Ibrahim yang merupakan ahli MTP sesi ini.

 

Jawatan MTP bagi sebelah akhawat pula menampilkan Timbalan Biro  Penerbitan dan Penerangan, Nadia Nabila bt Affandi yang bakal bertanding bersama Naib Pengerusi, Aini Hafizah bt Salleh.

 

Patah tumbuh hilang berganti, itulah slogan yang diharapkan untuk pimpinan sesi akan datang agar dapat meneruskan legasi PCI dengan sebaiknya. Acuan lama kita gunakan nilai moral sebagai bahan untuk menjadi pengukuh kepada hasil yang dikeluarkan, acuan baru kita gunakan untuk memantapkan dan memajukan lagi PCI untuk Islam, inshaaAllah. Selamat maju jaya!

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :