logo

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullahu Ta’ala,

“Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajipan agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak dapat akan dilaksanakan tanpanNya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

 

Semakin lama hari berlalu, semakin hampir kita ke penghujung sesi pentadbiran persatuan. Sehubungan dengan itu, kami mewakili pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah berbincang dan membuat keputusan untuk melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2015/2016.

 

Hal ini bertepatan dengan tugas penasihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN merujuk pada Perkara 5 (b), Fasal 30, Bab Keempat, telah memperuntukkan bahawa; “Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.” dan Perkara 1(a), Fasal 27 mengatakan bahawa, “Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”.

 

Maka dengan itu, pihak Lembaga Penasihat PCI telah berbincang dan bersepakat untuk melantik saudara Mohamad Zaimey bin Zulmanaf, mahasiswa perubatan tahun 5 selaku Pengarah JPC 2014 dan saudari Nabilah binti Yunus, mahasiswi perubatan tahun 5 selaku Timbalan Pengarah JPC 2014.

 

Kami berharap agar keputusan yang bakal dibuat oleh pihak JPC Iskandariah kelak akan memberi manfaat kepada seluruh warga PCI. Moga urusan ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt.

 

Sekian, terima kasih.

 

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”        

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

 

 

 

rajakecil

 

 

 

 

 

 

Raja Shahrizad Bin Raja Abdul Rashid,

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2014/2015.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :