IMG-20140314-WA0009SEZOSTREET, MANSYIAH –  Seramai  23 peserta yang terdiri daripada Majlis Tertinggi PERUBATAN(MTP) dan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah menjalani Kursus Kepimpinan AJKT kali ke 3, sesi 2014/2015 .

Program anjuran PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang dikendalikan oleh Lembaga Penasihat PCI sesi 2013/2014  itu diadakan selama dua hari bermula 10 dan 11 Mac 2014 yang bertempat di bangunan MARA, Iskandariah.

“Alhamdulillah, kursus AJKT sesi ini banyak memberikan input kepada semua AJKT sama ada dari segi kepimpinan, thaqafah dan ketahanan rohani dan jasmani. Semoga dengan input yang diperoleh oleh semua AJKT dapat menghasilkan output yang terbaik di dalam setiap gerak kerja persatuan” kata Pengerusi PCI, Saudara Ahmad Abid Amin, 

 

IMG-20140314-WA0013

Antara objektif kursus ini dijalankan adalan untuk membina integriti yang mantap dalam kalangan AJKT, mendedahkan kepada AJKT akan hal ehwal pengurusan persatuan dan merapatkan silaturrahim dalam kalangan AJKT serta meningkatkan komunikasi berkesan dalam kalangan AJKT.

Program dirasmikan oleh Ustaz  Ahmad Sofi bin Abdullah, Pengarah MARA Timur Tengah, kemudian diteruskan dengan beberapa slot pengisian dan LDK. Peserta didedahkan dengan beberapa pengisian yang bersifat Pengurusan Persatuan, Komunikasi, Wala’ dan Bara’ serta Etiket Sosial dan Protokol.

1970545_10201725903131534_1174194920_nKursus kepimpinan yang berlanjutan selama dua hari itu, diakhiri dengan perasmian penutup oleh Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah,Raja Shahrizad Bin Raja Abdul Rashid “Pelbagai pengisian kursus yang padat dengan program ceramah, qiyamullail, Latihan dalam kumpulan (LDK) serta perbentangan telah dirangka untuk memantapkan lagi kepimpinan dan kepemimpinan peserta pada program ini, sesuai dengan tema “Man Khodama, Qadama” yang bermaksud, siapa yang Memimpin akan Terkehadapan.” 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :