Bisimillahirrahmanirrahim,
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiqNya.

Seusai ucapan penangguhan Pengerusi PCI sesi 2013/2014 saudara Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd Asri semasa berlangsungnya Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah kali ke -6 pada 28 Februari 2014 yang lalu, menandakan berakhirnya sesi pentadbiran bagi barisan pimpinan PCI sesi 2013/2014. Maka dengan itu bermulalah sesi pentadbiran pimpinan PCI sesi 2014/2015 yang diketuai oleh saya sendiri iaitu Ahmad Abid bin Amin.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PCI sesi 2013/2014 atas usaha gigih, komitmen yang tidak berbelah bahagi dan prestasi cemerlang yang telah dicapai sepanjang sesi 2013/2014. Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan kerja keras para pimpinan dan dikurniakan dengan ganjaran yang setimpal daripada Allah di akhirat kelak.

Sepertimana yang telah diketahui sebelum ini, Pilihanraya Cawangan Iskandariah telah dijalankan dengan jayanya pada bulan Disember 2013 yang lalu, 18 kerusi telah dipertandingkan untuk mengisi kekosongan jawatan AJKT juga berbekalkan 4 lagi tempat yang terisi dengan 4 orang AJKT kekal daripada sesi sebelumnya. Maka dengan sukacitanya, ingin saya mengumumkan perlantikan barisan Lembaga Penasihat dan penjawatan bagi semua AJKT berserta portfolio bagi sesi 2014/2015 ini.

LEMBAGA PENASIHAT

Ketua : Raja Shahrizad bin Raja Abdul Rashid
Ahli :
1. Mohammad Fittry bin Safian
2. Ahmad Zikrillah bin Yusoff
3. Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd ‘Asri
4. Nur Amalina binti Mohd Shukri
5. Aisyah Fakriyah binti Latif
6. Nur Adilah binti Abdul Hamid

MAJLIS TERTINGGI
Pengerusi : Ahmad Abid bin Amin
Timbalan Pengerusi : Nur Shaquerin binti Sahuddin
Naib Pengerusi I : Muhammad Alif Akmal bin Abdul Rahim
Naib Pengerusi II : Aini Hafizah binti Salleh
Setiausaha : Muhammad Syafiq bin Nordin
Timbalan Setiausaha : Nurdiyana binti Hasbullah
Bendahari : Muhammad Faris bin Zulkifli
Timbalan Bendahari : Nik Qistina Nabihah binti Nik Abdul Malik

BIRO PEMBANGUNAN INSAN (BPI)
Ketua : Syed Hamimie Firdaus bin Syed Mohamad
Timbalan Ketua : Nur Zakiah binti Zahari

BIRO AKADEMIK (BCAD)
Ketua : Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar
Timbalan Ketua : Nur Amalina binti Allaudeen

BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN (BPP)
Ketua : Muhammad Naji-ullah Nur Iman bin Azlan
Timbalan Ketua : Nadia Nabila bt Afandi

BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR (BSAL)
Ketua : Farhan bin Lokman
Timbalan Ketua : Nur Izzati binti Khlidi

BIRO KEBAJIKAN (BCARE)
Ketua : Abdullah bin Mohd
Timbalan Ketua : Nur Fahimah binti C Baharudin

BIRO EKONOMI (BIKON)
Ketua : Ahmad Naufal bin Nordin
Timbalan Ketua : Nurfaezah binti Amat Ariff

BIRO PERUMAHAN (BHOME)
Ketua : Ameen Husainy bin Annuar Husainy
Timbalan Ketua : Nur Lina Izzati binti Ruslan

Segala muhasabah dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ahli akan dipertimbangkan sebaik mungkin dan segala penambahbaikan akan kami usahakan. Terima kasih diucapkan buat seluruh ahli PCI yang telah menyumbang tenaga demi menggerakkan PCI. Semoga sokongan semua ahli akan berterusan dan kerjasama antara pimpinan dan ahli akan lebih erat lagi in sha Allah.
Diharapkan untuk pimpinan baru sesi 2014/2015 pula agar kita sama-sama boleh berganding bahu dan terus kuat dalam menjalankan amanah ini dan semoga segala usaha mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Sekian,waallahualam

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sejati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Pengerusi
AHMAD ABID BIN AMIN
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2014/2015.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :