logo_coloured_transparentDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Syukur Alhamdulillah, pada hari ini nadi kita masih lagi berdenyut seiring dengan degupan jantung yang tidak pernah henti. Sel-sel darah mengalir lancar di samping daya pemikiran kita yang masih cekal dalam menghayati kebesaran Allah swt. Inilah nikmat kehidupan yang Allah curahkan, setiap saat tanpa henti. Allah Maha Pemurah dan Maha Memberi.

Pada hari ini, suatu pembaharuan yang kami ingin keluarkan buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI). Dari tahun ke tahun, ahli kita bertambah dengan pendaftaran mahasiswa baru dalam kalangan tahun 1, juga berkurang apabila pulangnya mahasiswa tahun 6 yang sudah tamat pengajian. Namun catatan bilangan ahli PCI belum pernah wujud dari zaman seawal persatuan ditubuhkan.

Setelah dibincang di peringkat Jabatan Setiausaha Agung, inshaAllah kita wujudkan sistem nombor keahlian dalam setiap PERUBATAN Cawangan. Sistem ini diadakan untuk simpanan Jabatan Setiausaha dan sangat berguna dalam setiap urusan penting, antaranya adalah ketika menjalani Kempen Kemaskini Data, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC), Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), pilihanraya dan lain-lain lagi.

Untuk merujuk nombor keahlian masing-masing, bolehlah klik di link di bawah:

No Keahlian PCI (updated)

Nombor keahlian ini akan kekal bagi setiap mahasiswa dan telah disusun dari batch awal sehinggalah batch yang akhir untuk tahun ini. Moga dengan usaha yang kecil ini akan memudahkan pengurusan dan diberkati Allah. InshaAllah.

Sekian, terima kasih.

” Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati ”

“ At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah ”

Setiausaha Raja Shahrizad bin Raja Abdul Rashid

Raja Shahrizad Raja Abdul Rashid
Ketua Jabatan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2013/2014

 

Timbalan Setiausaha Nur Shaquerin bt Sahuddin

Nur Shaquerin bt  Sahuddin
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2013/2014

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :