بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita masih berpeluang untuk terus hidup bersama nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga buat junjungan baginda Nabi Muhammad SAW serta isteri-isteri dan sahabat baginda SAW.

Seperti yang semua sedia maklum, dalam tempoh beberapa minggu ini, kita dihangatkan dengan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah kali ke-6 yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat ini bersamaan 14 Februari 2014. Namun, perancangan Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) tidak dapat diteruskan apabila dimaklumkan kelmarin bahawa dewan mesyuarat tidak boleh digunakan pada hari Jumaat ini atas sebab pemulihan dewan.

Namun begitu, setelah kami berbincang di peringkat Majlis Tertinggi (MT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah, kami bersepakat dan memutuskan bahawa tarikh MTC kali ke-6 untuk ditangguhkan kepada  tarikh 28 Februari 2014 bertempat di Conference Hall, Convention Centre.

Justeru itu, segala gerak kerja JMTC yang telah dijalankan sebelum ini akan diperbaharui. Kami mewakili pimpinan PCI dan JMTC memohon maaf atas segala kesulitan ini. Kami yakin bahawa perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik. Moga kita semua dirahmati Allah.

” Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati ”

“ At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah ”

Setiausaha Raja Shahrizad bin Raja Abdul Rashid

Raja Shahrizad Raja Abdul Rashid
Ketua Jabatan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2013/2014

 

Timbalan Setiausaha Nur Shaquerin bt Sahuddin

 

 

 

 

 

 

Nur Shaquerin bt  Sahuddin
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2013/2014

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :