1. 1.     Apakah itu Alexandria Medical Team (AMT) ?

AMT  ialah sebuah badan organisasi yang ditubuhkan dibawah biro akademik PCI untuk  melatih dan memantapkan kemahiran klinikal yang kompiten dalam kalangan pelajar.

2.     Bila  badan organisasi AMT ditubuhkan?

PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) berjaya mengorak langkah menubuhkan AMT pada Januari 2012.

3.     Apakah visi dan objektif AMT?

Dengan visi “NURTURING MEDICAL FRONTLINER, NOURISHING THE COMMUNITY”, Semuanya ke arah mencapai objektif untuk memantapkan kemahiran klinikal, melatih ahli dengan ilmu extra-kurikulum seperti khidmat masyarakat, serta membina ‘soft skill’ ahli.

4.     Apakah aspek yang ditekankan untuk ahli AMT?

Komitmen, ‘Soft Skills’, kemahiran komunikasi, ‘teamwork’, kemahiran berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif.

5.     Berapa  Gen yang terdapat dalam AMT?

AMT telah berjaya menubuhkan dua generasi, iaitu AMT 1st Gen seramai 44 orang dan AMT 2nd Gen seramai 44 orang juga.

6.     Mengapa ahli AMT terbahagi kepada Gen ?

Ini untuk memastikan aktiviti ahli-ahli lama dan baru tidak bercanggah .

7.     Apakah program yang pernah dilaksanakan oleh ahli AMT?

Antara aktiviti-akiviti yang dijalankan adalah SGD First Aid, Medical Check-up, dan Programme Management, serta kidmat masyarakat bersama mahasiswa Mandarah dan Damanhur, serta program Operasi Bakti Siswa dan PAKSI di Malaysia.

8.     Siapa yang boleh menyertai AMT?

Semua pelajar perubatan tahun 3, 4, dan 5 bagi setiap pengambilan baru.

9.     Bagaimana boleh menyertai AMT?

Pertama sekali isi borang ‘online’ dan kemudian menghadiri sesi temuduga.

 

10. Mengapa terdapat sesi ‘interview’?

Ini untuk memastikan pemilihan bakal ahli AMT yang mempunyai minat yang tinggi dan sanggup memberi komitmen yang sepenuhnya.

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :