Pusat Konvensyen , 16 & 17 Januari 2014 – Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI) sekali lagi telah membawa kepada ahli suatu program yang acap kali dinanti oleh warga PCI pada setiap tahun dengan jayanya.  Bertemakan “Nurturing Holistic Medical Graduate”, dengan pembawaan konsep “Islamic Psychospiritual Therapy”, seminar buat kali kelima ini telah berjaya menarik seramai 480 peserta, yang terdiri daripada 468 peserta dari Iskandariah, dan 12 peserta dari Muhafazah yang lain seperti Tanta, Mansoura, dan Kaherah.

 10755_10151916280058741_1819434508_n

Seminar yang bermula pada pukul 6 petang Khamis lalu, dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2013/14, Saudara Mohd Zairy Fahmy B. Mohd Asri diikuti dengan Taklimat Pembukaan yang disampaikan oleh wakil panel pengisian, Saudara Mohd Zikri  Yusof. Menurut beliau, Seminar pada kali ini merupakan nafas baharu bersama pengisian yang skopnya lebih luas, dan bukan tertumpu kepada “ibadah pesakit” sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

1014377_10151916285458741_820979071_n

Dua panel yang telah didatangkan khas dari Malaysia ialah Dr. Ahmad Rostam B. Md Zin, seorang pegawai Perubatan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, juga pelajar tahun akhir Sarjana Perubatan Psikiatri Universiti Sains Malaysia. Ahli panel yang kedua ialah Ustaz Abdul Ghani B. Ahmad Zaighu yang berkhidmat sebagai seorang guru di Johol, Negeri Sembilan juga merupakan Pengerusi Darul Syifaa , Negeri Sembilan.

 

Slot yang pertama, “The Making of Heroes” adalah sebuah motivational talk yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Rostam bersama info-info yang menarik dan membongkar rahsia keistimewaan Qailulah berdasarkan kajian sains 40 tahun belakangan ini yang dikaitkan dengan amalan Sunnah yang telah diamalkan oleh Baginda Nabi SAW sejak 1400 tahun yang lalu.

 59950_10151916281843741_346308030_n

Seminar pada pagi Jumaat dimulakan dengan Majlis Perasmian. Seisi dewan dialunkan dengan bacaan Surah Ar-Rahman yang syahdu oleh Saudara Akmal Afif B. Ahmad, pelajar tahun 2 Perubatan Iskandariah. Turut memberi ucapan ialah Pengarah SPI, Mohd Hisyam B. Yusoff dan Pengarah MARA Timur Tengah, Ust. Ahmad Sofi Abdullah. Presiden PERUBATAN, Saudara Abdul Rahim Samad dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada MARA dan Education Malaysia Egypt (EME) yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program ini. Pengarah EME, Prof Madya Dr. Mohd Radhi Ibrahim menggalakkan peserta agar mengambil seberapa banyak input dari seminar yang diadakan. Gimik hantu membawa gulungan banner seminar menarik perhatian para peserta dan hadirin yang hadir.

 

Slot yang kedua “Black Magic in the Modern World- Is It a Myth?” telah disampaikan oleh Ust Abd Ghani dan Slot yang ketiga adalah “Psychospiritual Disorder Dimystified” oleh Dr. Ahmad Rostam yang merupakan topik yang kontoversi di Malaysia. Slot yang terakhir adalah “Syifa dan Rahmah” disampaikan oleh Ustaz Abdul Ghani. Seterusnya diakhiri dengan Forum “Mystic Meets Science (MMS)” yang menggabungkan pandangan dua orang panel tentang kedua-dua konteks ilmu perubatan moden dan perubatan Islam dan alternatif merungkai segala misteri disebaliknya.

1604754_10151916280603741_574264667_n

[stextbox id=”black”] Krew mediaPERUBATAN sempat menemu ramah peserta dari luar Muhafazah, Saudari Nur Humairah,  untuk berkongsi apakah tarikan SPI di mana beliau mengatakan bahawa tajuk yang dirungkai pada tahun ini sangat menarik dan beliau turut berpuas hati atas penganjuran seminar pada kali ini.[/stextbox]

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :