LOGO_coloured_transparent-150x150Bismillahirrahmanirrahim

Bersempena cuti musim sejuk yang baru bermula, pihak PERUBATAN Cawangan Iskandariah mengambil inisiatif untuk mengumumkan perihal keberadaan AJKT terlibat dan pemangkuan jawatan mereka dalam tempoh yang terdekat ini.

Pemangkuan ini adalah penting bagi meneruskan keberlangsungan gerak kerja PERUBATAN di peringkat cawangan dalam menjaga kebajikan ahli umumnya. InshaAllah.

Tambahan pula dengan situasi semasa yang kurang stabil, kami di peringkat pimpinan memandang serius dan mengambil cakna akan keselamatan dan kebajikan ahli dalam fatrah percutian ini sama ada di dalam atau di luar Iskandariah. Keselamatan turut dititik beratkan dalam kalangan ahli yang masih berjuang di medan peperiksaan akhir semester.

Berikut adalah maklumat pemangkuan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCI 2013/14 yang terlibat mengikut tempoh keberadaan mereka di luar Iskandariah.

Nota: Pemangkuan adalah sah dalam tempoh ketiadaan mereka di Iskandariah sahaja.

Screenshot 2014-01-25 09.06.39
Screenshot 2014-01-25 09.07.37

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 3 (a) dan (b):

[stextbox id=”info”]

3. KEKOSONGAN JAWATAN:

a) Perletakan atau pelucutan jawatan mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dan Majlis Tertinggi PERUBATAN. Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah muktamad dan mesti dihormati oleh ahli.

b) Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

[/stextbox]

 

Pengerusi Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd Asri

Zairy Fahmy bin Mohd Asri

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

 

Timbalan Pengerusi Nur Amalina bt Mohd Shukri

Nur Amalina Mohd Shukri

Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :