Sezostreess,15 Mac – Satu pertemuan diadakan antara PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang diwakili oleh Pengerusi PCI, Muhammad Yadiy Abdullah serta wakil Alexandria Medical Team (AMT) Amiruddin Amran (Pengarah) dan ‘Ismah Mansurah Zainudin (Timbalan Pengarah) bersama wakil Alexandria Medical Student Research Association (AMSRA), Mahmoud Mahrous.

Wakil Alexandria Medical Student Research Association (AMSRA),Mahmoud Mahrous memberi penerangan kepada wakil Alexandria Medical Team (AMT)

Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara PERUBATAN Cawangan Iskandariah melalui Alexandria Medical Team (AMT) dengan persatuan pelajar arab di Universiti Iskandariah. Sepanjang pertemuan tersebut wakil AMSRA,Mahmoud Mahrous telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak mereka sama ada di dalam ataupun di luar Mesir. Semua yang menghadiri pertemuan itu sangat berpuas hati dengan penerangan yang begitu teliti dan menarik oleh beliau.

Mengulas kenyataan wakil AMSRA, beliau begitu berbesar hati untuk menjalankan kerjasama dengan pelajar Malaysia dan berharap ianya dapat dikukuhkan lagi pada masa akan datang.Turut memberi respons ialah Pengarah AMT, Amiruddin Amran yang juga berharap dapat bertemu AMSRA untuk kali seterusnya supaya dapat merancang aktiviti bersama.

Pengerusi PCI,Muhammad Yadiy Abdullah bersama wakil AMT dan AMSRA

Pengerusi PCI, Muhammad Yadiy Abdullah merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pihak atas kerjasama yang dijalinkan dan berharap supaya semua pihak yang terlibat dapat mengambil manfaat sepenuhnya atas pertemuan tersebut .

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :