Alexandria Medical Team [AMT]

 

11 MAC 2012 –  Small Group Discussion (SGD) 1 : MEDICAL CHECK-UP telah berlangsung sebagai kelas diskusi pertama bagi ahli-ahli Alexandria Medical Team(AMT) kumpulan pertama yang bertempat di tingkat tiga asrama MARA . SGD1 diadakan lebih awal dari tarikh perancangan takwim bagi memberi persediaan kepada seluruh ahli AMT amnya dan khususnya bagi mereka yang akan terlibat dalam acara ‘Family Day DPMI’ di Mandarah pada 19-20 mac 2012 dan ‘Family Day’ di Damanhur pada 20 mac 2012.

Sebelum berlangsungnya SGD1 , AMT telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berkenaan Family Day DPMI. Hasil perbincangan ,tiga basic ‘medical check-up’ telah dipersetujui iaitu mengukur kadar kandungan gula dalam darah , kadar tekanan darah serta denyutan nadi dan indeks jisim badan atau ‘body mass index’(BMI) dan ratio pinggang / punggung .

SGD1 telah disampaikan oleh Ruziyati Binti Esmaon,pelajar tahun 5 Universiti Iskandariah. Tiga perkara tersebut telah dibentangkan, dibincangkan dan kemudian dipraktikkan oleh 40 ahli AMT yang telah hadir iaitu :

1)      kadar kandungan gula dalam darah : Belajar menggunakan glucometer dan lancet denganbetul.

2)      kadar tekanan darah: belajar menggunakan sphygmomanometer melalui dua kaedah iaitu ‘palpitatory method’ dan ‘auscultatory method’.

3)      indeks jisim badan dan ratio pinggang / punggung : belajar cara mengira BMI

Selain itu, para peserta AMT turut diajar tentang kadar bacaan normal dan abnormal bagi setiap ukuran agar pelajar dapat mengenal pasti, mendiagnosa, dan mengkonsultasi penyakit daripada hasil ujian dan pemeriksaan yang bakal mereka jalankan kelak.

Pada keseluruhannya ,majlis berjalan dengan lancar dan diharapkan para peserta AMT dapat mengaplikasikan tiga topik asas ini dengan baik.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :