16 Ogos, Jalan Sesostrees – Kafe Sri Putra di Bangunan Asrama Mara meriah dengan kehadiran saki baki mahasiswa-mahasiswa yang masih belum pulang ke Malaysia sempena cuti akhir semester untuk mendengar suatu forum dan berbuka puasa yang merupakan salah satu aktiviti IHRAM 2011.

Forum Mengejar Malam Seribu Bulan tampak ilmiah dengan kupasan-kupasan menarik daripada ahli-ahli panel jemputan. Antaranya, Zulkifli Muhammad yang merupakan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta petah menyampaikan info-info berkenaan peristiwa Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar. Ceritanya mngenai peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama menarik perhatian ramai.

Forum yang dikendalikan oleh Ismah Mansurah Zainudin sebagai moderator memberi input-input berguna bagi para pelajar. Ahli panel yang lain iaitu Pengerusi Perubatan Cawangan Iskandariah, saudara Haris Fadhillah Ismail dan Ustazah Nur Fadzilah, pelajar Kuliah Syariah di Mandarah. Memetik kata Ustazah Nur Fadzilah, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, umat Islam hendaklah banyak beristighfar, menyebut syahadah, banyak memohon syurga dan dijauhkan neraka dan sentiasa meminta keberkatan daripada Allah SWT.

Setelah selesai forum, para pelajar yang hadir mendirikan solat maghrib dan berbuka puasa secara berjemaah. Ketika diminta untuk member ulasan kepada majlis semalam, kata  Pengarah IHRAM, Muhammad Shahir  “Alhamdulillah, majlis forum yang diadakan semalam mendapat sambutan yang memberansangkan terutama daripada pelajar tahun 2 dan 3. Pembentangan forum ini juga telah disampaikan dengan mantap oleh ahli-ahli panel yang dijemput khas, meskipun ramai antara mereka diberi tugasan ini pada saat-saat akhir akibat kekangan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Saya berharap kita sama-sama  dapat manfaatkan sisa-sisa Ramadhan yang tinggal ini dengan melipatgandakan ibadah kita disamping memeriahkan lagi program-program IHRAM PCI 2011 yang akan datang…”

 

[stextbox id=”black”]Anda mempunyai berita, artikel atau karya kreatif untuk dikongsi di web PERUBATAN Online Iskandariah? Hantarkan kepada kami: iskandariah.perubatan@gmail.com[/stextbox]

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :