7:11 pm - Thursday May 17, 2012

Pelajar Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air

Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami  keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman. Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (solat jenazah tidak dapat dijalankan lagi kerana jenazah masih ditahan untuk bedah siasat).

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

#Kemaskini 1  (8.30 malam 17/1/2011)

  • Majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah telah selamat diadadakan di Asrama MARA selepas solat maghrib tadi dengan kehadiran lebih dari 200 pelajar.
  • Jenazah masih berada di Hospital Salamah,menunggu untuk bedah siasat berkemungkinan besar esok pagi.Hal ini kerana pihak hospital tidak membuat bedah siasat pada waktu malam serta urusan untuk menuntut jenazah perlu terlebih mendapat pengesahan dari pihak Polis dan Mahkamah Mesir.
  • Jenazah akan dikebumikan di Kaherah,sama ada esok ataupun lusa bergantung kepada proses menuntut jenazah yang kini sedang diuruskan oleh pihak Kedutaan Malaysia.
  • Solat Jenazah akan diadakan di Asrama MARA selepas selesai urusan menuntut jenazah,waktunya akan diberitahu kelak.
  • Makluman untuk semua pelajar tahun 3 IUMP, berikutan kejadian yang berlaku, exam Pathology esok (18/1/2011) akan ditangguhkan daripada pukul 9pagi ke 12tengahhari.

#Kemaskini 2 (8.15 pagi 18/1/2011)

#Kemaskini 3 (2.30 petang 18/1/2011)

  • Jenazah sedang dalam proses mandi dan kafan.
  • Solat Jenazah akan diadakan selepas asar di Asrama MARA.

#Kemaskini 4 (3.50 petang 18/1/2011)

  • Jenazah tiba di Asrama MARA dan telah selamat disolatkan pada pukul 3.00 petang.
  • 3.40 petang,jenazah dibawa ke Kaherah dengan diiringi sebuah bas yang membawa pelajar dari Iskandariah.
  • Jenazah akan dikebumikan Perkuburan di Hayyu Asyir,Kaherah selepas tiba di sana.

#Kemaskini 5 (8.50 malam 18/1/2011)

  • Jenazah Nurul Iman telah selamat tiba di Kaherah,kini dalam perjalan ke tempat pengebumian,keadaan jalan yang sesak menyebabkan kelewatan untuk tiba ke destinasi yang dituju.Van jenazah diiringi oleh sebuah bas yang membawa pelajar dari Iskandariah.

#Kemaskini 6 (9.30 malam 18/1/2011)

  • Alhamdulillah,jenazah Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim telah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir,Kaherah pada jam 9.15 malam tadi.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T serta ditempatkan di kalangan para solihin.
  • Berita penuh mengenai majlis pengebumian boleh dibaca di sini.(sila klik)

Pihak kami meminta agar berita ini tidak diputarbelit atau diubah oleh mana-mana pihak yang lain kerana hal ini mungkin akan mengundang komplikasi yang lain pula sepertimana  sebuah laporan yang telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan di Malaysia.Anda bebas untuk menyebarkan berita ini tetapi kami minta agar dinyatakan sumber asal dari sini  bagi mengelakkan berlakunya salah faham kelak- mediaPERUBATAN

Item berkaitan:

  1. Update : Insiden Pelajar Jatuh Bangunan
  2. Pelajar Perubatan Maut Jatuh Bangunan
  3. Jenazah Ahmad Sarhan Selamat dikebumikan.
  4. Perpindahan Pelajar Tahun Satu
  5. Kenyataan Rasmi Presiden PERUBATAN
Filed in: Liputan, Utama

Comments Closed

No Responses to “Pelajar Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air”

  1. 18/01/2011 at 1:55 PM #

    Siapa lah agaknya sumber akhbar tempatan Malaysia tu?
    Cerita macam dah jadi lain dah..hehe…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Entah Bila Waktuku | PERUBATAN Cawangan Iskandariah - 20/01/2011

    [...] Kuasa. Lidah terkelu seketika, cuba meyakinkan diri bahawa ini adalah realiti. Ya, memang benar. Sahabat saya telah meninggal dunia. Air mata yang ditahan tanpa segan silu mengalir laju. Iman harapan [...]

  2. Takziah « Mypremo - 19/01/2011

    [...] yang mana terhasil akibat pembakaran yang tidak lengkap oleh pemanas air jenis gas. Boleh baca di sini dan [...]

  3. Hingga ke akhirnya….Nurul Iman…~ | …SelangkaH DemI SelangkaH… - 19/01/2011

    [...] di kalangan para solihin. kronologi kejadian boleh didapati dilaman web PCI. klik di sini(kronologi) dan sini(pengkebumian [...]

  4. Jenazah Pelajar Selamat Dikebumikan | PERUBATAN Cawangan Iskandariah - 18/01/2011

    [...] Jan : Jenazah Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim pelajar akhawat yang meninggal dunia akibat keracunan gas telah selamat dikebumikan di Hayyu [...]

  5. PELAJAR MALAYSIA DI MESIR MENINGGAL DUNIA | - 18/01/2011

    [...] untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. SUMBER Related postsBiara St. Catherinecoded by nessus This entry was posted in Kembara Mesir and tagged [...]

  6. Kenyataan Pengerusi PCI : Ucapan Takziah atas Insiden Kematian Pelajar | PERUBATAN Cawangan Iskandariah - 18/01/2011

    [...] maklumat terkini mengenai insiden ini  sila layari http://iskandariah.perubatan.org/v1 ABDUL RAHIM BIN SUHAINI Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2010/2011 5th Year Faculty Of [...]

  7. Meninggal Dunia Akibat Kebocoran Gas : KPT Mesir Ucap Takziah - 17/01/2011

    [...] makluman selanjutnya boleh layari web PMRAM atau perubatan Iskandariah. Pihak KPT Mesir mendoakan semoga almarhumah ditempatkan bersama para solihin. AKPC_IDS += [...]

  8. Allah sangat sangat sangat sayang kamu « 'Uluwwul Himmah - 17/01/2011

    [...] nota 5 : kejadian dan sebab boleh klik sini. http://iskandariah.perubatan.org/v1/pelajar-meninggal-dunia-aki… [...]

  9. commed sangat comel macam…. | 0_o - 17/01/2011

    [...] emm tadi kat ym ada dapat forward mesej pasal kematian sorang pelajar medic alex tahun 3. mohon sama sama sedekahkan AL FATIHAH buat arwah Nurul Iman binti Ab Alim. moga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman. untuk berita boleh rujuk sini (click!) [...]

  10. Tweets that mention Pelajar Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air | PERUBATAN Cawangan Iskandariah -- Topsy.com - 17/01/2011

    [...] This post was mentioned on Twitter by ???? ?, Noor Shazana. Noor Shazana said: http://iskandariah.perubatan.org/v1/pelajar-meninggal-dunia-akibat-keracunan-gas-pemanas-air [...]