7:13 pm - Thursday May 17, 2012

Jenazah Pelajar Selamat Dikebumikan

Kaherah,18 Jan : Jenazah Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim pelajar akhawat yang meninggal dunia akibat keracunan gas telah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir,Kaherah.

Jenazah telah dibawa ke Kaherah dari Iskandariah pada pukul 3.45 petang selepas selesai urusan solat jenazah yang dilakukan di Asrama MARA,Iskandariah. Turut mengiringi jenazah ke Kaherah ialah Pengarah MARA Timur Tengah Ustaz Isahak bin Othman,barisan pimpinan AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah serta sebuah bas yang membawa kira-kira 50 orang pelajar Iskandariah.

Setibanya di Kaherah pada pukul 8.50 malam jenazah telah disambut oleh warga Kaherah dan kemudiannya terus dibawa ke Perkuburan Keledang milik Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang terletak di Hayyu Asyir. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya telah selamat dikebumikan pada jam 9.20 malam waktu tempatan.

Turut hadir ketika majlis pengebumian berlangsung ialah Encik Shaiful Anuar bin Mohamad wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Presiden PERUBATAN saudara Muhammad Husaini bin Salleh, Presiden PMRAM Ustaz Shahrizan, Ustaz Tarmizi YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) serta ratusan pelajar  Malaysia yang menuntut di Mesir.

Kita doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan para solihin.

Berita penuh mengenai kejadian yang berlaku boleh dilihat di sini. Pihak kami  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas segala bantuan yang telah diberikan dari awal hingga akhir-mediaPERUBATAN

Item berkaitan:

  1. Jenazah Ahmad Sarhan Selamat dikebumikan.
  2. Pelajar Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air
  3. Update : Insiden Pelajar Jatuh Bangunan
  4. Pelajar Perubatan Maut Jatuh Bangunan
  5. Update: Insiden Pelajar Jatuh Bangunan
Filed in: Liputan, Utama

Comments Closed

No Responses to “Jenazah Pelajar Selamat Dikebumikan”

  1. Salhatul Asma Ruslan
    20/01/2011 at 11:27 AM #

    “Anak-anak Adam membesar dan menjadi tua,dan bersama mereka membesar juga 2 perkara,inginkan kekayaan dan kemahuan untuk hidup lama”(Bukhari)

    Hayya naqribullah,bi zikril maut..

    Semoga arwah Nurul Iman ditempatkan bersama para solihin.inshaAllah dan moga matinya mati syahid di sisi Allah Taala..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Entah Bila Waktuku | PERUBATAN Cawangan Iskandariah - 20/01/2011

    [...] Masing-masing mahu memberikan penghormatan terakhir buat arwah sebelum dihantar untuk urusan pengkebumian di Kaherah. Terdengar esak tangis sahabat-sahabat perjuangan yang lain semasa menunggu van yang membawa [...]

  2. Takziah « Mypremo - 19/01/2011

    [...] Seorang pelajar perubatan Universiti Iskandariah telah meninggal beberapa hari lepas akibat keracunan Carbon Monoxide, yang mana terhasil akibat pembakaran yang tidak lengkap oleh pemanas air jenis gas. Boleh baca di sini dan sini [...]

  3. Hingga ke akhirnya….Nurul Iman…~ | …SelangkaH DemI SelangkaH… - 19/01/2011

    [...] **Alhamdulillah, jenazah Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim telah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir,Kaherah pada jam 9.15 malam tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T serta ditempatkan di kalangan para solihin. kronologi kejadian boleh didapati dilaman web PCI. klik di sini(kronologi) dan sini(pengkebumian arwah) [...]