Program

08Nov 2016

“Hah, dah lama tunggu?” sergahan Fatimah membuatkan bahu Aminah terangkat. Pantas dia berpaling ke arah sahabatnya, geram dengan gurauan Fatimah. Namun kata-katanya mati sewaktu matanya jatuh pada senyuman Fatimah. “Kau… sejak bila kau pakai braces?” soal Aminah, terperanjat melihat pendakap gigi yang berwarna merah jambu pada barisan gigi Fatimah yang tersengih lagi. “Jom kita masuk […]

02Nov 2016

    Dalam beberapa bulan lagi aku bakal tinggalkan tanah ini. Tanah tumpah air mata yang banyak mengajar aku erti sabar dan berusaha. Tebing bayu Mediterrenian yang terasa sejuk mencengkam tatkala angin menyapa, sungguh tidak dapatku bayangkan jika tiada laut ini, laut yang membuatkan Iskandariah ini lebih tampak manis dan indah. Pasti aku akan merindui seisinya […]

17Oct 2016

Iskandariah, Oktober 16  – Telah berlangsung majlis perasmian penutup AHLAN 2016 sebentar tadi di Sutuh Bangunan MARA, Bangunan Pelajar Malaysia. Majlis dimulakan dengan slot ‘Sepetang Bersama Senpai’, iaitu slot perkongsian daripada beberapa orang senior berkenaan pengalaman mereka sepanjang berada di Bumi Anbiya’, Ardhul Kinanah. Malam ini juga menyaksikan pengumuman Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch […]

16Sep 2016

      Iskandariah, 13 September – Telah berlangsung Rumah Terbuka PERUBATAN (PCI) bertempat di Bangunan MARA yang turut dihadiri Pegawai MARA Timur Tengah, Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah sekeluarga, Dr Hala Maklad dan beberapa orang lagi wakil dari Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Seawal jam 8.00 malam, telah ramai daripada kalangan ahli PCI memenuhi perkarangan […]

06Sep 2016

Karamella, 2 September – Telah berlangsung program BAKTI SISWA: KAMPUNG KITA di sebuah perkampungan arab, Karamella yang disertai seramai 40 orang aktivis PERUBATAN for Peace and Care (PEACE) dibawah kelolaan unit khas Biro Kebajikan iaitu PEACE dengan kerjasama program Sambutan Hari Raya Aidiladha (SAADAH) 2016. Program khidmat masyarakat ini dijalankan bertujuan menyantuni masyarakat setempat di […]

26Jun 2016

Iskandariah, Jun 17 – Meraih Kasih Ramadan (MEKAR) sebuah program mega dalam bulan Ramadan di bawah kelolaan Ihya Ramadan (IHRAM) yang telah berlangsung dua hari dipenuhi dengan pelbagai pengisian dari jam 6 petang pada hari pertama sehingga ke 5 pagi yang seterusnya yang diadakan di Sutuh Asrama MARA dengan kerjasama Pejabat MARA Timur Tengah. Pengisi […]

11May 2016

Iskandariah, Mei 8 – telah berlangsung Program Battle of Taakhi (B.e.T) khas buat mahasiswi Iskandariah yang menyaksikan perlawanan bola jaring antara pasukan batch taakhi yang diadakan di Gelanggang Miri di bawah kelolaan Biro Sukan dan Aktiviti Luar. Program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain di samping dapat menyihatkan tubuh badan. Program […]

03Mar 2016

  MTC 8 : Perwakilan Merancakkan lagi Sesi Mesyuarat Iskandariah, Februari 29 – Telah berlangsung Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah yang diadakan selama dua hari iaitu, pada 27 dan 28 Februari bertempat di Pusat Konvensyen , Fakulti Perubatan. Para perwakilan hadir pada MTC tahun ini begitu aktif memberi pandangan dan bertanyakan soalan pada setiap sesi […]

07Dec 2015

  Iskandariah, Disember 5 – PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menganjurkan seminar perubatan kali 7 bertemakan ; Emergency, reveling the rigour yang berlangsung selama 2 hari di Pusat Konvensyen, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah. Seminar kali ini sedikit berlainan apabila dihadiri oleh peserta yang bukan sahaja dari mahasiswa/wi sains kesihatan, tetapi turut dihadiri oleh mahasiswa pengajian Islam […]

13Nov 2015

  “Her bp is too low 90/40. Insert IV line now!” Dr. Mansur meninggikan suara ke arah Dr Nuha yang terkedu dengan keadaan yang tiba-tiba kacau bilau. Ibu muda yang mengandung anak luar nikah di hadapan mereka mengalami heavy vaginal bleeding disebabkan cubaan menggugurkan kandungan. “Jangan  doktor. Biar anak ni mati!” Tangan pembantu perubatan ditepis […]