Liputan

04Nov 2015

November 11- Hujan lebat diselangi kilat petir telah melanda Iskandariah pada pagi ini rentatan ketidakstabilan cuaca yang berlaku akhir-akhir ini sehingga menyebabkan jalan-jalan utama di sini ditakungi air hujan yang turun tanpa henti lebih kurang 3 jam. Kawasan laluan tram dan jalan raya di sekitar universiti juga dinaiki air yang menyebabkan mahasiswa/wi sukar untuk bergerak […]

31Oct 2015

  Iskandariah, Oktober 26 – Dengan berakhirnya siri ketiga pada hari ini, maka program The Apps 2015 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Program pengisian pada siri yang terakhir ini telah dihiasi oleh perkongsian daripada tetamu jemputan iaitu saudari Nur Amalina binti Shukri, saudara Muhammad Naji-ullah Nur Iman bin Azlan dan Nur Adibah Aminah binti Mohd […]

25Oct 2015

Iskandariah, Oktober 25- Hujan lebat berserta ketulan ais sebesar kiub ais telah melanda Iskandariah pada pagi ini selama lebih kurang sejam menyebabkan paras air di jalan raya naik sehingga menenggelamkan kaki kerana sistem peparitan yang kurang berkesan di Mesir ini. Hujan batu ini dikatakan berlaku secara tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang petanda awal. “Sedih sebab tidak […]

23Oct 2015

Iskandariah, 7 November – Sepanjang cuti musim panas yang lalu, beberapa orang ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah menamatkan zaman bujang mereka dan melangkah ke alam pernikahan. Masing-masing telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di tanah air. Justeru PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) dengan rasa bahagia ingin merakamkan seinfiniti tahniah kepada pasangan mempelai yang baru sahaja meraikan cinta […]

20Oct 2015

Iskandariah, 18 Oktober – telah berlangsung Pilihan Raya Umum Mahasiswa Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah(PRUDent) yang dianjurkan oleh Majlis Ketua Batch (MKB) Fakulti Pergigian pada hari Jumaat yang lalu bertempat di Dewan Lotfy, Fakulti Pergigian. Seluruh warga pergigian Iskandariah turut hadir bagi mendengar manisfesto calon-colon serta membuang undi bagi memilih pemimpin dalam kalangan batch masing-masing bagi […]

12Oct 2015

Iskandariah, 11 Oktober-  Telah berlangsung sebuah perlawanan persahabatan bola keranjang kategori perempuan antara PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dengan PERUBATAN Cawangan Ain Sham (PCS)  di gelanggang Kuliah Tijarah  pada 9 Oktober yang lalu. Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswi serta mengeratkan silaturrahim sesama ahli PERUBATAN walaupun datang dari cawangan yang […]

06Oct 2015

AHLAN adalah program PERUBATAN yang dianjurkan khas bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar sains kesihatan yang baru ke bumi Mesir. Pada tahun ini, AHLAN PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah dijalankan selama tiga hari iaitu pada 29 dan 30 September & kemuncaknya pada 2 Oktober. AHLAN khusus bagi pelajar-pelajar jurusan pergigian telah diadakan pada 29 September di Tingkat 3 […]

28Sep 2015

  Iskandariah, September 27 – telah berlangsung program Sambutan Hari Raya Aidil Adha (SAADAH) dibawah kelolaan Biro Pembangunan Insan selama tiga hari berturut-turut dengan diisi oleh pelbagai aktiviti dan disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi Iskandariah. Pada hari raya pertama, seawal 7 pagi mahasiswa dan mahasiswi telah berkumpul di Bangunan MARA untuk bersama-sama menunaikan solat sunat […]

15Sep 2015

  15 September, Iskandariah – PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menerima kunjungan dari para pimpinan mahasiswi PERUBATAN Cawangan al-Azhar pada 14 dan 15 September 2015 baru baru ini. Kunjungan ini menjadi salah satu wasilah dalam usaha menjayakan sistem taakhi yang diperkenalkan oleh Presiden PERUBATAN 2014/2015, Muhammad ‘Arif Rukaini bin Muhamad Sufian dalam ucapan dasar beliau sejurus menjunjung visi […]

13Jul 2015

ISKANDARIAH, 11 Julai- Biro Pembangunan Insan (BPI) telah menjayakan program IHYA’ Ramadhan (IHRAM) sepanjang 3 minggu dalam bulan Ramadan ini. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan adalah tafaqquh edisi ramadhan, daurah kitab, iftar jamai’ dan program kemuncak yang telah  berlangsung semalam iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup IHRAM bersama Kedutaan Malaysia Besar Kaherah (KBMK). Program dimulakan pada […]