Liputan

04Sep 2017

  ISKANDARIAH, 3 September – 5 ekor unta, 2 ekor lembu, 6 ekor khoruf dan 25 ekor kambing telah berjaya disembelih dan dikorbankan pada hari ini dan semalam. Haiwan-haiwan korban ini adalah terdiri daripada haiwan korban, akikah, dan korban kemanusiaan. Kategori korban kemanusiaan merupakan antara usaha yang telah diberi nafas baru oleh pihak AJKP SAADAH […]

14May 2017

Iskandariah, 28 April – telah berlangsung Program Open Volleyball khas buat mahasiswi Iskandariah yang menyaksikan perlawanan bola tampar antara pasukan batch dan pasukan batch taakhi yang diadakan di Gelanggang Mowassah di bawah kelolaan Biro Sukan dan Aktiviti Luar. Program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain di samping dapat menyihatkan tubuh badan. […]

27Apr 2017

ISKANDARIAH , 13 April – “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat: 10) . Ayat ini dinamakan ayatul ukhuwah  kerana membicarakan setiap orang yang beriman yakni (bermaksud) yang mempunyai pegangan akidah yang sama adalah bersaudara. Selari dengan tujuan utama program SCarlet ini dilaksanakan , yang menghimpunkan seluruh mahasiswa/wi Mesir , khususnya cawangan Iskandariah di bawah […]

03Apr 2017

Iskandariah, Mac 29 – Sudah menjadi adat resam kehidupan manusia. Yang bertemu pasti akan berpisah jua akhirnya. Setelah lebih empat tahun Ustaz Ahmad Sofi Bin Abdullah atau lebih mesra disapa Ustaz Sofi bertugas sebagai Pengarah MARA Timur Tengah yang berpusat di Iskandariah, Mesir. Akhirnya negara ibunda memanggil agar beliau pulang menabur bakti di Malaysia pula. […]

04Mar 2017

Iskandariah, 2 Mac 2017 – Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Iskandariah kali ke-9 telah diadakan pada 17 Februari 2017 bertempat di Pusat Konvensyen, Azarita. Jumlah perwakilan yang hadir berkurang berbanding pada sesi lepas, iaitu seramai 134 orang perwakilan manakala kehadiran pemerhati pula ialah seramai 20 orang. Setelah selesai pembentangan dan pengesahan minit MTC kali […]

25Dec 2016

Iskandariah, Disember 18 – Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Iskandariah telah mengumumkan keputusan pilihan raya yang telah berlangsung pada hari semalam, Sabtu, 17 Disember dengan bilangan ahli matang yang turun mengundi sebanyak 54.62% manakala undi rosak pula adalah sebanyak 12 undi. Keputusan pilihan raya ini telah diumumkan oleh pengarah JPC Iskandariah iaitu saudara Mohamad Thahir […]

30Oct 2016

    Iskandariah, 28 Oktober – Telah berlangsung Program Alexandria LINGO Open (ALO) IV bertempat di Pusat Konvensyen, Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah yang menyaksikan pertembungan antara wakil pelajar dan wakil pasukan dari PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dan PERUBATAN Cawangan Mansuora (PCM). Program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkasa penggunaan bahasa dalam diri setiap pelajar […]

19Oct 2016

Iskandariah, Oktober 18 – Telah berlangsung Pilihan Raya Umum mahasiswa/wi Fakulti Pergigian kali ke-5 (PRUDent 5.0) yang diadakan di Dewan Lotfy, Fakulti Pergigian. PRUDent telah melibatkan semua batch yang telah memilih calon Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch masing-masing.   PRUDent telah dirasmikan oleh Encik Faizal bin Mohamed Bashir seterusnya memberi sedikit ucapan perasmian. Majlis […]

17Oct 2016

Iskandariah, Oktober 16  – Telah berlangsung majlis perasmian penutup AHLAN 2016 sebentar tadi di Sutuh Bangunan MARA, Bangunan Pelajar Malaysia. Majlis dimulakan dengan slot ‘Sepetang Bersama Senpai’, iaitu slot perkongsian daripada beberapa orang senior berkenaan pengalaman mereka sepanjang berada di Bumi Anbiya’, Ardhul Kinanah. Malam ini juga menyaksikan pengumuman Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch […]

26Jun 2016

Iskandariah, Jun 17 – Meraih Kasih Ramadan (MEKAR) sebuah program mega dalam bulan Ramadan di bawah kelolaan Ihya Ramadan (IHRAM) yang telah berlangsung dua hari dipenuhi dengan pelbagai pengisian dari jam 6 petang pada hari pertama sehingga ke 5 pagi yang seterusnya yang diadakan di Sutuh Asrama MARA dengan kerjasama Pejabat MARA Timur Tengah. Pengisi […]