Kenyataan Rasmi

19Nov 2010

Bagi sesi 2010/2011 PERUBATAN telah memperkenalkan satu sistem baru dalam pemilihan calon bagi Pilihanraya PERUBATAN Cawangan.Sistem ini diwujudkan bagi menggantikan sistem yang sedia ada agar pemilihan calon kali ini lebih telus dan cekap. Berikut ialah pengenalan bagi Sistem Pencalonan  Baru : SYARAT-SYARAT PENCALONAN Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada […]

18Oct 2010

Assalamualaikum W.B.T Seluruh kepimpinan PERUBATAN melahirkan rasa kesal di atas penyalahgunaan logo PERUBATAN oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam web Harakahdaily bertarikh 17 Oktober 2010. Sesungguhnya penggunaan logo PERUBATAN tersebut langsung tidak mendapat makluman dan keizinan daripada pimpinan PERUBATAN Pusat mahupun PCM. PERUBATAN adalah sebuah persatuan yang bersifat non-partisan yang tidak menyebelahi mana-mana pertubuhan […]

12Aug 2010

Segala puji kepada ALLAH, Tuhan Pencipta manusia yang masih membenarkan kita sekali lagi untuk bertemu dengan satu bulan yang yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, dilipatgandakan segala amalan juga bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejarnilai TAQWA. “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telahdiwajibkan keatasdirimu, sebagaimana ia […]

02Jun 2010

Fitrah manusia  menginginkan keamanan dan kedamaian. Fitrah manusia juga ingin membantu manusia lain yang berada dalam kesusahan tanpa mengira bangsa mahupun agama. Atas dasar itulah MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G dilancarkan semata-mata demi membantu kehidupan rakyat Palestine yang telah sekian lama disekat bantuan kemanusiaan. Sunnatullah apabila fitrah manusia ini dihalang oleh ISRAEL LAKNATULLAH, seluruh umat manusia […]

06May 2010

Syabas dan tahniah saya ucapkan untuk seluruh warga PERUBATAN yang telah menderma dan menyalurkan sumbangan fikiran, tenaga dan wang ringgit anda dalam membantu saudara-saudara kita di Palestin. Dikala kita sibuk dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi jihad kita menempuh peperiksaan, Alhamdulillah kita masih dikurniakan akal fikiran dan perasaan kasih yang sungguh mendalam terhadap saudara kita yang […]

26Apr 2010

Dengan NamaMu Ya Allah, Sebaik-baik Tuhan yang menciptakan setiap yg bernyawa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kehangatan musim peperiksaan yang dinanti oleh semua pelajar perubatan tiba lagi pada sesi 2010 tahun ini. Sehubungan itu, PERUBATAN menetapkan tarikh penangguhan setiap program bagi seluruh penuntut sains kesihatan di Mesir di peringkat pusat (Kaherah) beserta cawangan – cawangan PERUBATAN adalah […]

12Apr 2010

PELAJARAN VS PERSATUAN : IMBANGKAN Assalamualaikum WBT. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW sebagai rasul akhir zaman yang dipanjangkan usia, dipinjamkan nyawa, diberi kesempatan oleh ALLAH SWT untuk bangun dari tidur bagi meneruskan kehidupan sebagai hambaNYA. Namun begitu, setakat manakah kita menghargai nyawa kurniaan ALLAH? Adakah kehidupan kita penuh dengan aktiviti yang boleh mendatangkan […]

21Mar 2010

Tabung Derma Kilat PERUBATAN Cawangan Iskandariah “Seorang mahasiswa perubatan tahun dua Universiti Zaqaziq telah kehilangan wang sebanyak 8000 USD akibat kejadian pecah masuk rumah. Kejadian berlaku selepas beliau baru sahaja mengeluarkan duit daripada bank untuk membayar yuran pada keesokan harinya. Malangnya, pada malam tersebut perompak telah memecah masuk dan melarikan semua wang tersebut. Beliau memerlukan […]

13Mar 2010

Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) dan pimpinan PERUBATAN cawangan mewakili juga  seluruh warga PERUBATAN mengucapkan  takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan mahasiswa Perubatan tahun 1 Universiti Tanta (seliaan ejen Medic Mesir) atas kepulangan allahyarham  ke rahmatullah. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan tergolong […]