Kenyataan Rasmi

02Feb 2011

Makluman Keadaan Semasa Rusuhan Di Mesir (Siri 2: Isnin 31/01/2011) 1.   Semakan jadual perjalanan kereta api dari Iskandariah ke Kaherah dijangka paling awal beroperasi pada 5 Februari 2011. 2.   Lebuh raya padang pasir (Sohrawi) ditutup bermula pada hari ini berikutan kejadian tembak menembak. Laluan lebuh raya pertanian (Ziraei) masih dibuka. Namun demikian tiada syarikat bas […]

02Feb 2011

MAKLUMAN KEADAAN SEMASA RUSUHAN DI MESIR (SIRI 1- AHAD 30.1.2011) 1.  Status terkini Semua penerbangan malam Egypt Air ke seluruh lokasi dari jam 10 malam hingga 10 pagi esok telah dibatalkan. Perintah berkurung pada hari ini berkuat kuasa bermula pada jam 2 petang hingga 8 pagi. 2.  Berdasarkan perkembangan semasa berkaitan dengan rusuhan yang berlaku […]

26Jan 2011

Sesi Pentadbiran PERUBATAN Sesi 2010/2011 kini telah hampir melabuhkan tirainya. Pihak PERUBATAN dengan ini berbesar hati untuk menjalankan kaji selidik bagi membuat penilaian ke atas prestasi dan kualiti perkhidmatan serta gerak kerja keseluruhan pentadbiran PERUBATAN Sesi 2010/2011. Di samping itu, kaji selidik ini juga bertujuan bagi membuka seluas-luasnya ruang muhasabah daripada ahli bagi sesi kepimpinan […]

18Jan 2011

Assalamualaikum wbt. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” Al-Baqarah:156 PERUBATAN Cawangan Iskandariah mengucapkan takziah kepada keluarga Nurul Iman Binti Ab Alim khususnya dan kepada seluruh yang mengenalinya terutama batch tahun 3 amnya atas kematian beliau yang disebabkan keracunan gas […]

06Jan 2011

Assalamualaikum wbt. Semoga anda semua berada dalam penjagaan ALLAH SWT. Masih berkenaan keselamatan. Seperti mana yang kita semua telah ketahui, satu serangan bom ke atas Gereja di Sidi Bishr telah berlaku semalam dan mengorbankan 7 nyawa serta 24 orang cedera. Jadi kemungkinan besar siri-siri serangan yang lain akan berlaku(nauzubillah, harap-harapnya tidak) terutamanya pada hari Khamis […]

02Jan 2011

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas kesempatan kita menghirup udara seterusnya meluruskan kudrat dalam hidup sebagai hamba. Dengan berakhirnya sesi akademik semester pertama bagi semua pelajar perubatan, pergigian dan farmasi bagi Universiti Iskandariah, maka PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menetapkan tarikh-tarikh berikut sebagai tarikh penangguhan program persatuan secara rasminya. a) 7 Januari 2011 bagi para […]

01Dec 2010

Assalamualaikum w.b.t. Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan. Hadis di atas adalah sebahagian daripada nilai akhlak yang Baginda Nabi Muhammad ajarkan kepada kita bahawasanya Allah itu cantik dan sangat suka kepada hambanya yang menjaga kecantikan. Kecantikan yang dimaksudkan tidak hanya terbatas kepada rupa paras semata, bahkan yang lebih penting adalah cara ia menampilkan dirinya […]

27Nov 2010

Assalamualaikum wbt. Semoga anda semua berada dalam naungan ALLAH. Sekadar peringatan kepada seluruh warga PCI, bahawa esok, Ahad, 28/11/2010 akan diadakan pilihanraya MESIR. Oleh itu pihak kedutaan menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak keluar dari rumah semasa berlangsungnya pilihan raya tersebut. Pelajar-pelajar juga dinasihatkan untuk bersembahyang berjemaah di rumah dan bukan di masjid pada hari […]

19Nov 2010

Bagi sesi 2010/2011 PERUBATAN telah memperkenalkan satu sistem baru dalam pemilihan calon bagi Pilihanraya PERUBATAN Cawangan.Sistem ini diwujudkan bagi menggantikan sistem yang sedia ada agar pemilihan calon kali ini lebih telus dan cekap. Berikut ialah pengenalan bagi Sistem Pencalonan  Baru : SYARAT-SYARAT PENCALONAN Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada […]

18Oct 2010

Assalamualaikum W.B.T Seluruh kepimpinan PERUBATAN melahirkan rasa kesal di atas penyalahgunaan logo PERUBATAN oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam web Harakahdaily bertarikh 17 Oktober 2010. Sesungguhnya penggunaan logo PERUBATAN tersebut langsung tidak mendapat makluman dan keizinan daripada pimpinan PERUBATAN Pusat mahupun PCM. PERUBATAN adalah sebuah persatuan yang bersifat non-partisan yang tidak menyebelahi mana-mana pertubuhan […]