Biro Penerbitan dan Penerangan

22Nov 2013

Ding..dong..ding..dong “Hana..tengok siapa dekat luar tu..” jerit Adri dari dalam bilik. Mata dipejam celik meneliti key yang berselirat di atas sheet music. “Aaaa tengokkanlah..aku tengah tumis bawang ni, nanti hangus.” Hana balas laung dari kuali yang berasap-asap di atas dapur. “Hudaaa!” laung Adri dan Hana serentak. “Aku tengah lari atas treadmill ni, terbantut nanti proses pembakaran lemak.” […]

15Nov 2013

Konflik-konflik yang seringkali hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada’ dan qadar (ketentuan) daripada Allah S.W.T. Kita yang namanya hamba, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah S.W.T.  Malangnya akal manusia yang pendek membuatkan kita terlalu prejudis dan bersangka buruk dengan ketetapan […]

25Oct 2013

Satu 9.57am Amphitheatre 1, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah. “InsyaAllah hari ini tabung kebajikan batch akan diedarkan. Sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah menderma mengikut kemampuan antum masing-masing. Terima kasih.” umum Hafidz di hadapan dewan kuliah. Sejurus pengumuman tamat Dr Doa Samy masuk untuk sesi Physiology. Kuliah pun bermula. “During blood clotting,intrinsic factor occurs simultanenously along with the […]

18Oct 2013

“Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman antara satu sama lain, dan dijadikanNya kasih sayang dan belas kasihan antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi keterangan bagi orang-orang yang berfikir” [Ar-Rum : 21]   Indahnya hidup di dalam Islam adalah Islam itu meraikan kehendaak ataupun fitrah […]

29Sep 2013

  “ Eh! Hosni Mubarak akan dibebaskan dalam tempoh masa 48 jam! “ berita tergempar itu diberitahu oleh Amalina kepada semua ahli bait. Kebetulan dia sedang memegang komputer riba dan melayari laman web social Facebook serta mengikuti berita terkini daripada page Mesir Kini, dia terus membaca butirannya.   “ Hosni Mubarak, pemerintah ditaktor Mesir yang […]

04Sep 2013

“Hari ini kita pergi ke walimah Ahmad” “Esok pulak kita pergi ke walimah Ali” “Minggu depan kita join walimah Abu pulak” Meriah. Apabila bermulanya cuti semester mahasiswa Mesir, akan ada pelbagai kejutan dan undangan perkahwinan untuk diumumkan dan diraikan. Seakan ia menjadi suatu fenomena di kalangan mahasiswa Mesir setiap kali cuti semester, akan ada nama-nama pasangan […]

08Jul 2013

Adakah patut manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman” sedangkan mereka masih belum diuji dengan sebarang ujian? [Al-Ankabut : 2] Kita semua yang mengaku beriman pasti akan diuji Tuhan. Hatta manusia semulia Rasulullah lagi kan diuji dalam menyebarkan dakwah, inikan pula kita manusia penuh dosa yang hanya mengejar segulung ijazah. Rasulullah, pernah […]

02Jul 2013

Selalu benar kita bermudah-mudah dengan konsep tawakkal dengan menjadikannya senda gurau dalam kehidupan kita. Artikel ini bukanlah bersifat menghukum, namun hanyalah nasihat kepada umum, bahawa bermudah-mudah dalam konsep tawakkal itu merupakan sesuatu perkara yang ditegah. Situasi 1 “Mat, pi mangga(pedai ayam) motosikal hang tu, nanti kena curi baru tau kot..?” “Tak pa la mak, tawakkal […]