All posts by: Nur Lina Izzati Ruslan

About Nur Lina Izzati Ruslan

Terik sang suria di musim panas mula menyuram, menandakan cuti musim panas bakal berakhir dan sesi pembelajaran bakal menginjak datang. Semangat yang mula dikutip dan disemai sejak awal impian ingin menjadi seorang pengamal sains kesihatan diharap dapat menjadi baja yang terus menyuburkan roh-roh insan ini. Mari duduk sebentar dan sama-sama merenungi mutiara kata Imam Syafie, […]

Seringkali kita sebagai hambanya diuji dengan rentetan episod dugaan yang tujuannya tidak lah memberi erti selain mendekatkan kita kepadaNya. Membawa pulang jiwa-jiwa yang jauh kembali mendekat kepadaNya. Memanggil suara-suara hati yang sayu kembali bertaut kepada pengharapan cahayaNya. Begitu jualah surah ad-Dhuha yang membicarakan tentang suasana alam melalui nada-nada sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, […]

Jatuh, bangkit, jatuh kembali. Siapa yang tidak akan putus asa, kalau asyik jatuh tergolek. Habis terluka badan, Calar balar terkena batu-batuan, Terpijak paku dan kaca tajam, Tertoreh hati sedalam-dalam, Membuat diri itu jauh dan tawar pada perjuangan.   Sejurus burung terbang keluar mencari makan di waktu pagi, seorang fata sudah terlebih dahulu bangun mempersiapkan diri […]

Maka benarkah? Sejak kecil kita dihidangkan oleh orang-orang terdahulu samada datuk nenek kita ataupun ibu bapa kita tentang sebahagian pantang larang berkenaan sesuatu perkara yang kita tidak tahu akan kesahihannya seperti larangan duduk di atas bantal, jika berbuat demikian punggung akan dijangkiti  bisul. Larangan agar tidak mandi di tengah-tengah malam, jika tidak akan dijangkiti penyakit […]