Artikel

09Aug 2016

  “Yeayyy… Kita dah sampai rumah atuk dan nenek!” Nadhirah memerhati  gelagat adiknya yang begitu riang dapat pulang ke rumah usang atuk dan nenek. Berhenti sahaja kereta Ayah, adik terus berlari keluar bertemu atuk dan nenek. Bersalaman mesra. Faisal dipeluk dengan penuh kasih sayang. “Assalamualaikum, Abah sihat?” Ismail memberi salam sambil menghulurkan  tangan kepada bapa […]

24Jul 2016

  Bermula sebuah perjalanan sebagai seorang mahasiswa bukan sahaja hanya memegang pen atau kertas lalu dijinjing dan hadir ke kelas. Sebaliknya , bermula dengan apakah azam atau matlamat kita dalam menjadi seorang mahasiswa/wi yang kompeten dan rabbani, bukan sahaja bijak dalam menguruskan hal pembelajaran tetapi juga cekap menguruskan hal-hal diri dan hubungan dengan orang lain. […]

19Jul 2016

  Petang yang cerah Yusuf duduk santai di kerusi goyang di beranda rumah sambil menghirup teh yang panas yang dibancuh oleh isterinya. Rumahnya yang menghadap lalu lintas menjadi laluan kebiasaan orang ramai di Kampung Kelewek itu. Sesekali Yusuf tersenyum. Benak Yusuf menghitung wang yang masuk ke koceknya. Petang itu sahaja sudah 5 orang membayar hutang […]

06Mar 2016

  “Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan ”   Ujian, sebuah frasa persis coretan warna dalam kehidupan manusia. Masakan manusia hidup berdasarkan satu warna semata? Sentiasa cerah tanpa ada gelapnya? Itu bukan hidup namanya. Hakikatnya, setiap insan mempunyai detik gelapnya yang tersendiri. Fitrah kehidupan. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita […]

26Feb 2016

Seringkali kita sebagai hambanya diuji dengan rentetan episod dugaan yang tujuannya tidak lah memberi erti selain mendekatkan kita kepadaNya. Membawa pulang jiwa-jiwa yang jauh kembali mendekat kepadaNya. Memanggil suara-suara hati yang sayu kembali bertaut kepada pengharapan cahayaNya. Begitu jualah surah ad-Dhuha yang membicarakan tentang suasana alam melalui nada-nada sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, […]

19Feb 2016

Jatuh, bangkit, jatuh kembali. Siapa yang tidak akan putus asa, kalau asyik jatuh tergolek. Habis terluka badan, Calar balar terkena batu-batuan, Terpijak paku dan kaca tajam, Tertoreh hati sedalam-dalam, Membuat diri itu jauh dan tawar pada perjuangan.   Sejurus burung terbang keluar mencari makan di waktu pagi, seorang fata sudah terlebih dahulu bangun mempersiapkan diri […]

12Feb 2016

Maka benarkah? Sejak kecil kita dihidangkan oleh orang-orang terdahulu samada datuk nenek kita ataupun ibu bapa kita tentang sebahagian pantang larang berkenaan sesuatu perkara yang kita tidak tahu akan kesahihannya seperti larangan duduk di atas bantal, jika berbuat demikian punggung akan dijangkiti  bisul. Larangan agar tidak mandi di tengah-tengah malam, jika tidak akan dijangkiti penyakit […]