Artikel

21May 2011

  dalam pendakian ini derap kakiku melangkah kian longlai derap kakiku melangkah kian perlahan derap kakiku melangkah kian lesu bukan kerana aku berputus asa bukan kerana aku berputus harapan bukan jua kerana bicara nafsu malas! aku kian lemah keletihan mendaki di jalan yang penuh liku sedangkan destinasiku masih jauh lagi di hadapan masih jauh untukku […]

14May 2011

Assalamualaikum sebagai pembuka kata yang paling indah. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang hanyalah sementara. Namun, itu tidak seharusnya menjadi alasan buat kita untuk tidak berusaha sebaik mungkin dalam urusan keduniaan. Peperiksaaan datang lagi. Kadang-kadang penat memikirkan apakah tujuan sebenarnya kita belajar. Perlukah peperiksaan dalam kehidupan […]

08May 2011

5 APRIL 2015 Aku seperti kebiasaannya akan duduk melepak di depan tv. Anak mataku tidak beralih walaupun seinci dari kaca tv memerhatikan setiap gerak geri pelakon kegemaranku. Bunyi derapan kaki dari belakang mencuri tumpuanku dan mengembalikan aku ke dunia nyata. Seingat aku, aku seorang saja yang berada di rumah hujung minggu sebegini sejak ibuku meninggal […]

16Feb 2011

Hari ini, 12 Februari 2011 merupakan hari yang bersejarah untuk rakyat mesir dengan meraikan kejayaan mereka sebagai rakyat untuk menuntut hak mereka daripada kerajaan. Telah lama mereka mengimpikan saat- saat ini, tetapi hari ini telah menjadi kenyataan. Kejayaan mereka bukan dibayar dengan wang ringgit, pangkat atau pengikut, tetapi kejayaan ini terpaksa dibayar dengan darah kerana […]

20Jan 2011

17 Januari 2011, tarikh yang bakal menjadi kenangan khususnya pelajar tahun 3 Universiti Iskandariah. Pagi yang sejuk, majoriti warga Iskandariah sedang sibuk mengulangkaji pelajaran kerana berada dalam fatrah peperiksaan. Saya yang tidak ketinggalan, sibuk dan khusyuk mengejar masa untuk menghabiskan bacaan bagi subjek Patologi yang hanya punya masa sehari untuk ulangkaji. Panggilan telefon yang diterima […]

01Nov 2010

1.OPTIMISTIK Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku BOLEH!’ 2.JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan […]

01Jun 2010

BUATMU, BUMI PALESTIN… Buatmu, Bumi palestin.. Kalian ditindas, Umat islam dikecam, Bantuan dimusnahkan, Dunia bagai dihempap… Buatmu, Bumi palestin.. Kalian bukan berseorangan, Kita bersaudara, Bersaudara seislam, Bersaudara seakidah.. Buatmu, Bumi palestin.. Sinar semakin malap, Cahaya kian pudar, Tangan sekecil ini diangkat, Setinggi langit kami memohon, Kami berpadu, Rabbul ‘izzati tempat mengadu. Buatmu Bumi palestin.. Tangan […]

21May 2010

Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada […]

16May 2010

‘Renew’ niat. Study kerana Allah. 100% tumpuan dalam lecture Memberi tumpuan sepenuh jiwa dan raga ketika kuliah. BERUSAHA untuk tidak tidur dan catat isi- isi penting, terutamanya yg ditekan dan diulang- ulang oleh prof. Revise lecture pada hari yang sama Sekurang-kurangnya baca balik lecture pada hari tersebut untuk mengelakkan ‘short term memory loss’. Berpeganglah pada […]