Artikel

27Apr 2017

“Astaghfirullah al-‘azhiim… Astaghfirullah al-‘azhiim… .” Engkau beristighfar beberapa kali selepas Solat Isyak. Tiba-tiba wiridmu dicuri fokusnya. Telatah dua beranak di saf depan telah mencuri perhatianmu. “Begini… sebut Allahumma antas salam. Wa minkas salam.” Ungkap sang Ayah kepada anaknya yang berusia dalam lingkungan empat hingga enam tahun. “Allahumma antas salam.” Turut pula sang Anak. “Wa minkas […]

21Jan 2017

SENARAI BANK DAN CARA UNTUK MENDAPATKAN BANK STATEMENT CIB Pergi ke kaunter dan minta penyata bank Sertakan ‘kernih’ atau  salinan passport. Nyatakan tempoh penyata bankyang anda mahukan (dari bulan berapa). Sehelai penyata sebelum tahun 2016 berharga LE 10 , jika pada tahun 2016, sehelai berharga LE 5 Faedah yang dikenakan: Akaun Mesir Tempoh 3 Tahun […]

18Jan 2017

Apakah itu perbankan Islam? Perbankan Islam atau Perbankan Syariah (Arab:المصرفية الإسلامية  al-Masrafiyah al-Islamiyah) ialah satu sistem perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), di bawah fiqh muamalat iaitu peraturan Islam dalam berurus niaga. Kesemua peraturan dalam fiqh muamalat diambil daripada Al-Quran, Hadis dan sumber undang-undang sekunder yang lain dibawah kesepakatan pendapat ulama mujtahid mengenai sesuatu hukum […]

18Jan 2017

“Pasar Gelap & Mesir: Catatan Sebelum Jatuhnya Nilai EGP” Ramai bertanya pada saya berkenaan benarkah pasaran gelap memberikan kesan negatif pada ekonomi. Sebelum saya terangkan, saya kongsikan sedikit latar belakang berkenaan pasaran gelap matawang di Mesir. Pasaran gelap di Mesir mula wujud dan berkembang setelah revolusi 2011 kerana penyusutan berterusan pada kemasukan duit asing. Sebelum […]

17Jan 2017

SOALAN: Assalamualaikum, Saya belajar di Mesir . Apakah hukum saya menukarkan duit dari ringgit kepada Egyptian Pound/genih dengan kadar tukaran yang lebih tinggi iaitu 2.5 Egyptian Pound bersamaan RM 1 berbanding nilai semasa 2.1 Egyption Pound? Adakah wujud unsur riba dalam proses penukaran wang ini? JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Jual beli penukaran matawang ini disebut sebagai […]

08Nov 2016

  Angin meniup lembut sedari tadi. Bersama deru ombak memecah pantai. Disahut pula dengan kicauan sang burung. Indah. Dengan suasana begitu, dia tenggelam dalam khayalannya sendiri. Hilang segala lelah di jiwa. Hilang segala resah di hati. Termenung jauh dia melayan rasa. Hingga sahabat di sebelah langsung tak dia hiraukan. Dia diam terus, sepi menatap laut. […]

08Nov 2016

“Hah, dah lama tunggu?” sergahan Fatimah membuatkan bahu Aminah terangkat. Pantas dia berpaling ke arah sahabatnya, geram dengan gurauan Fatimah. Namun kata-katanya mati sewaktu matanya jatuh pada senyuman Fatimah. “Kau… sejak bila kau pakai braces?” soal Aminah, terperanjat melihat pendakap gigi yang berwarna merah jambu pada barisan gigi Fatimah yang tersengih lagi. “Jom kita masuk […]

07Nov 2016

  Riba ialah sesuatu yang diharamkan oleh Islam secara mutlak. Namun begitu riba tetap menjadi amalan dalam kalangan masyarakat masa kini. Amalan ini banyak dipraktikkan dalam sistem kewangan kita sekaligus turut mengheret umat Islam di Malaysia terlibat dengan riba yang banyak diamalkan dalam sistem bank-bank konvensional terutamanya. Secara tidak disedari amalan riba ini telah lama […]

02Nov 2016

    Dalam beberapa bulan lagi aku bakal tinggalkan tanah ini. Tanah tumpah air mata yang banyak mengajar aku erti sabar dan berusaha. Tebing bayu Mediterrenian yang terasa sejuk mencengkam tatkala angin menyapa, sungguh tidak dapatku bayangkan jika tiada laut ini, laut yang membuatkan Iskandariah ini lebih tampak manis dan indah. Pasti aku akan merindui seisinya […]

22Oct 2016

Aku menghentikan langkah tatkala terpandang susuk kanak-kanak lelaki yang sangat aku kenali, duduk memeluk lutut atas katil. Terus aku tangguh hasratku ke bilik penyimpanan cadar dan sarung bantal di hujung tingkat bangunan itu. Sebelum sampai ke katilnya lagi, aku sudah dapat melihat air mukanya yang keruh, memandang jauh-jauh menerobosi kehitaman malam melalui tingkap yang terbuka. […]