Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam, dua nikmat yang terbesar dikurniakan Allah SWT kepada insan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Tidak ternilai pengorbanan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Umum mengetahui pasport dan visa bertindak sebagai identiti diri dan kebenaran daripada negara berkenaan untuk menetap di sesuatu tempat. Justeru, tempoh sah pasport dan visa amatlah penting sepanjang menetap di luar negara Malaysia.

Untuk makluman semua, pihak Jabatan Imigresen Alexandria mengeluarkan kenyataan baharu mengenai kenaikan harga pembaharuan visa. Berikut kami sertakan butiran bagi harga bayaran visa yang baharu

Harga Pembaharuan Visa

Harga bagi tempoh setahun: LE1875

Harga bagi tempoh lebih setahun (mengikut perkiraan gawazat): LE2440

Buat pengetahuan semua, kenaikan harga ini berkuat kuasa bermula pada 1 Mac 2021. Kami sedar akan kenaikan harga ini agak tinggi berbanding sebelumnya apatah lagi dengan ada masalah kewangan secara peribadi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Oleh itu, pihak kami sentiasa berusaha memastikan kebajikan dan keselamatan ahli menjadi keutamaan kami.

Bagi mahasiswa yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan, kami sedia membantu melalui sumbangan atau pinjaman Tabung Kasih Sayang (TKS).

Peringatan penting :

  1. Peringatan kepada ahli untuk sentiasa cakna akan tempoh sah passport masing-masing, iaitu sah dalam tempoh 6 bulan sebelum passport tamat.
  1. Sebarang urusan berkaitan visa hendaklah melalui AJKT Biro Kebajikan (BCARE) agar tidak berlaku salah faham antara pegawai dan ahli. Hal ini perlu diambil perhatian untuk menjaga hubungan baik antara pegawai dan ahli.
  1. Ahli yang perlu membaharui passport hendaklah membaharui passport sebelum membuat bayaran kad visa. Sekiranya bayaran telah dibuat di gawazat, tempoh kad visa akan menjadi singkat dan tambahan LE 500 akan dikenakan untuk memanjangkan tempoh kad visa.

Sebarang urusan boleh hubungi wakil Biro Kebajikan batch atau AJKT Biro Kebajikan (BCARE) di talian:

Ketua Biro Kebajikan:

Nik Irfan Ar-Razi Bin Mohd Asri (Call +201220042589/ Whatsapp +601156373627)

Timbalan Biro Kebajikan:

Nur Ain Syarafana Binti Abd Rasid (Call +201124106841 / Whatsapp +60106624815)

Sekian, terima kasih.

“Together We Unite to Serve Our Community”

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :