بسم الله الرحمن الرحيم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Daari RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa nasihat itu?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitabNya, RasulNya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. [HR. Muslim]

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 30, Perkara 1 yang berbunyi: Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan.

Oleh yang demikian, berikut adalah senarai nama penasihat bagi sesi 2021/2022:

1. Muhammad Afif Sidqy Bin Abdul Rahim (Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah)
2. Muhammad Aiman Hakim Bin Ariffin
3. Syahindah bt Kamaruddin (Timbalan Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah)
4. Norhanani Hazirah bt Mohd Zaid
5. Nurul Husna bt Mohd Zakhir
6. Zainab Aqilah bt Azizan

Semoga para penasihat AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022 terus kuat dan istiqamah dalam meniti jalan Rasulullah dan dalam membantu membina jati diri pimpinan sesi ini. Kita bukanlah hamba yang beramal dengan pengharapan suatu perihal dunia, kita hanyalah hamba yang bersyukur, kita bersyukur kepada Allah dengan berterima kasih secara amal, hati dan lisan secara keseluruhannya.

Firman Allah SWT:

‎وَقُلِ ٱعۡمَلُوا۟ فَسَیَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Dan katakanlah wahai Muhammad: Beramalah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

[At-Taubah:105]

Berlayarlah PERUBATAN. Kita bekerja dengan PERUBATAN, kita bekerja untuk Islam.

Wallahua’lam.
Siiruu Alaa Barakatillah.
Sekian , terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

Aiman bin Nizar
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022.

‘Izzah Afifah binti Ismail
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :