بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat ke atas junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-13 pada 12 haribulan Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap apa yang diperbahas dan diperbincangkan di dalam mesyuarat tersebut akan membuahkan hasil dan membawa PCI lebih progresif memacu ke hadapan. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCI juga telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baru yang akan mengemudi PCI dalam meneruskan penyebaran islam di bumi Iskandariah Bandar Bayu Mediterranean.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Perkara 1 (3):

PENGURUSAN:

3) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022

Bil Portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi Nombor Tel.
1. Pengerusi Aiman bin Nizar  +6013-9411608 (Ws) +2011-23799166 (Call)
2. Timbalan Pengerusi (TP) ‘Izzah Afifah binti Ismail +201023258986 (Ws/Call)
3. Naib Pengerusi 1 & Ketua Biro Pembangunan Insan (NP 1–BPI) Muhamad Hakimi bin Jamaludin +6010-5340338 (Ws)

 

+2011-40333145 (Call)

4. Naib Pengerusi 2 (NP 2) Nur Maisarah binti Mohd Shariff +601120901455 (Ws)

 

+201111814626 (Call)

5. Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI) Khairun Nida’ binti Zakaria +60132350053 (Ws)

 

+2011422388188 (Call)

6. Ketua Jabatan Setiausaha – Biro Penerbitan & Penerangan – Biro Sukan & Aktiviti Luar Muhammad Nuqosh Wahbah bin Othman +60183651319 (Ws)

 

+201207209762 (Call)

7. Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha – Biro Penerbitan & Penerangan – Biro Sukan & Aktiviti Luar Nilna Safirah Rabi’ah binti Buang +60189580092 (Ws)

 

+201556156323 (Call)

8. Ketua Jabatan Bendahari – Biro Ekonomi (JBIKON) Ahmad Muaz bin Hilmi +60126364700 (Ws)

 

+201154990961 (Call)

9. Timbalan Ketua Jabatan Bendahari-Biro Ekonomi (JBIKON) Nurul Afiza binti Ahmad Nasrul +601114583416 (Ws)

 

+201150013252 (call)

10. Ketua Biro Akademik & Biro Kebajikan (BCAD-BCARE) Nik Irfan Ar-razi bin Mohd Asri +601156373627 (Ws)

 

+201220042589 (Call)

11. Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD) Nadhirah binti Bahrin +60109246549 (Ws)

 

+201225800974 (Call)

12. Timbalan Ketua Biro Kebajikan

 

(BCARE)

Nur Ain Syarafana binti Abd Rasid +60106624815 (Ws)

 

+201124106841 (Call)

Dengan ini, maka bermulalah gerak kerja setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dalam usaha membantu ahli dan memberi khidmat terbaik kepada ahli, sekaligus membawa PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2021/2022 ke arah yang lebih baik selari dengan tuntutan Amal Islam. Tiada pimpinan tanpa ahlinya, maka kami di barisan kepimpinan sesi ini mengharapkan sokongan dan dokongan serta komitmen daripada setiap ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dalam menjayakan pembawaan yang telah dipersetujui bersama. Akhir kata, suka untuk saya mengajak semua untuk mentadabbur ayat Quran dari surah Al-Maidah ayat yang ke-2 yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangan lah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya.

Wallahualam.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

Aiman bin Nizar

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022.

‘Izzah Afifah binti Ismail

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2021/2022.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :