Assalamualaikum WBT

Bismillahirrahmaniram

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah dan kurnia-Nya, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan amal kita yang sekecil ini memudahkan kita untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak, Insya-Allah.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik kepada kita selaku umat Islam dalam pelbagai aspek dan salah satunya ialah kepimpinan baginda selaku ketua umat Islam pada suatu ketika dahulu. Antara resepi kejayaan Rasulullah SAW ialah baginda mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan yang di ambil. Baginda bukan seorang pemimpin yang menetapkan sesuatu keputusan secara individu sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada para sahabatnya. Abu Hurairah sendiri pernah berkata “Belum pernah kulihat orang yang paling banyak melakukan mesyuarat bersama sahabat-sahabatnya sebagaimana Rasulullah SAW ”.

[Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan]

Perkara 2: NOTIS

“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

 

Merujuk Perlembagaan PERUBATAN [Bab ke-4, Fasal 25, Perkara 2] yang tertera di atas, maka notis ini dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha PCI 2020/2021 bertarikh 22 Januari 2021.

Sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2020/2021 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-13 seperti berikut:

TARIKH: 12 FEBRUARI 2021

HARI : JUMAAT

TEKNIKALITI: MAYA

 

Justeru, di kesempatan ini kami menyeru kepada semua ahli PCI agar dapat sama-sama mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan pemerhati seterusnya menghadirkan diri ke Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-13 untuk sama-sama kita jayakan program ini demi manfaat kita bersama.

Selari dengan firman Allah SWT :

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (ash- Shura : 38)

Bersama Kenyataan Rasmi ini, kami turut lampirkan pautan ke pendaftaran ke program MTC kali ke-13 PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

https://tinyurl.com/pendaftaranMTC-13

Semoga hasil perbincangan kita sewaktu mesyuarat ini nanti akan diberkati Allah serta dicatatkan sebagai salah satu daripada amal kebaikan kita, Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

 “PCI – Kita Keluarga PERUBATAN”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN ARIFFIN

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Sesi 2020/2021.

RASHIQAH IZZATI BINTI ISMAIL

Timbalan Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Sesi 2020/2021.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :