بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2020/2021 hampir menamatkan sesi pentadbiran yang telah pun menjangkau hampir 10 bulan sejak Februari 2020 yang lalu. Dengan tertubuhnya Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) 2020 maka menandakan bermulanya pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2021/2022.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Dengan ini, setelah disepakati sebulat suara oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2020/2021, dua orang AJKT lelaki yang dikekalkan ke sesi seterusnya ialah ;

Muhamad Hakimi bin Jamaludin

Ahmad Muaz bin Hilmi

Manakala dua orang AJKT wanita yang dikekalkan ialah ;

Nur Maisarah binti Mohd Shariff

Nurul Afiza binti Ahmad Nasrul

Tahniah diucapkan kepada 4 orang AJKT yang telah dikekalkan dan diharapkan agar dengan ketetapan ini barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan lebih maju dan konsisten dalam gerak kerja pada sesi akan datang inshaAllah. Kami juga ingin menyeru agar seluruh ahli PCI sama-sama mengambil cakna akan pemilihan pimpinan di PERUBATAN Cawangan Iskandariah pada kali ini kerana sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kita sebagai ahli untuk memilih pemimpin yang selayaknya selari dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud ;

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. an-Nisa’ ayat 58).

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

Syahindah binti Kamaruddin

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :