بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Ingin dimaklumkan bahawa saudara Muhamad Zulqarnain bin Al Amin, Tahun 2 Pergigian tidak dapat meneruskan tugasan selaku Ketua Jabatan Bendahari & Biro Ekonomi (JB) (BIKON) atas sebab perpindahan kredit ke universiti di Malaysia.

Muhamad Zulqarnain bin Al Amin

Ketua Jabatan Bendahari &

Biro Ekonomi (JB) (BKON)

Pemangkuan bagi Ketua Jabatan Bendahari & Biro Ekonomi akan dinilai semula dan akan diumumkan pada masa akan datang. Sebarang pertanyaan dan juga urusan di peringkat biro ini boleh merujuk kepada mana-mana AJKT buat sementara waktu.

Justeru, PERUBATAN Cawangan Iskandariah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Muhamad Zulqarnain bin Al Amin atas bakti yang telah dicurahkan sebagai Ketua Jabatan Bendahari & Biro Ekonomi bagi sesi 2020/2021. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala usaha dan khidmat yang telah diberikan untuk ahli PCI. Semoga pengalaman dan kefahaman yang diperoleh menjadi bekal bermanfaat dunia dan akhirat, seterusnya dapat terus berbakti kepada masyarakat walau di mana jua berada.

Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

#PCIdiHatiKami

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :