Dunia, pentas ujian.

Angin itu berlalu pergi tapi tetap terus menyapa.
Kadangkala kita marah kerana kehadirannya menyebabkan kita kedinginan.
Kadangkala kita juga marah apabila ketiadaannya menjadikan kita bahang.


Apa sebenarnya yang kita mahu?


Kita memang memerlukan hampir setiap sesuatu perkara tetapi pada waktu berbeza.
Misalnya, kita memerlukan baju sejuk saat diri diselubungi kedinginan.
Kita memerlukan baju hujan saat diri dituruni hujan lebat.
Jadi setiap perkara itu haruslah digunakan mengikut keperluan dan waktu.
Teruskan bersabar jika kita masih belum dapat apa yang kita perlu dan mahu.
Mungkin Dia akan memberi pada waktunya?

Adakah kita percaya Tuhan itu Maha mengetahui?
Pernahkah kita rasa berputus asa saat doa tidak dimakbulkan?
Rasa ini normal bagi setiap jiwa bergelar insan yang lemah.
Tetapi berapa banyak pula kita bersyukur atas setiap doa yang telah dimakbulkan sepanjang kita hidup?


Berapa kali Dia makbulkan, dan berapa kali pula kita bersyukur kepada Dia?
Apakah kita merupakan hamba yang hanya mencari tikar sejadah dan bersujud hanya ketika susah sahaja?
Atau kita mahu menjadi hamba yang kembali bersyukur kepada Tuhan yang memberi dan mengizinkan setiap sesuatu untuk terjadi?

Mungkin Dia akan memakbulkan permintaan kita pada keperluan dan waktu yang tertentu.

Setiap hari ;
Dia beri kita nafas secara percuma.
Dia beri kita kesihatan secara percuma.
Dia beri kita rezeki dalam pelbagai bentuk.
Dia beri kita tubuh badan yang normal dan mampu untuk berkhidmat kepada manusia lain.
Dia beri kita kepandaian dan kejayaan.
Dia selalu memberi kita ujian kehidupan.


Tapi selalukah kita sedar itu semua adalah nikmat?

Jika kita terus membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, kebahagiaan dan kesyukuran itu tidak akan pernah sempurna seperti yang kita impikan.


Ibarat si penungggang motosikal yang mengeluh kepanasan dan berfikir alangkah baik jika dia berkereta.
Dalam masa yang sama si pembawa kereta berfikir alangkah baik jika dia bermotosikal dan tidak perlu terperangkap jika berlaku kesesatan lalu lintas.


Mereka mendapat nikmat yang berbeza. Setiap nikmat itu ada manfaatnya yang mungkin mereka terlepas pandang.


Kadangkala diri sering terfikir mengapa hadirnya ujian selepas ujian.
Tetapi bukankah dunia ini sememangnya pentas ujian?


Teruskan sama-sama melangkah. Jika jatuh, bangun lagi.

@rulnida
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :