Kau Asia, Kau Corona

Pelajar Malaysia di Mesir kini menghadapi ancaman perkauman daripada masyarakat Arab hanya kerana bermata sepet berhidung pesek. Diejek pembawa virus, dilayan bagai sampah bahkan ada yang ditohmah.

Namun, mungkinkah ini satu teguran dari Ilahi atas layanan bodoh sombong kita terhadap warga asing Bangladesh, Pakistan, Myanmar di negara kita sendiri?

Jangan pernah megah, hanya kerana sekarang kau berdiri di atas tanah tumpah darah. Sekali datang bah, jangan baru nak terngadah.

INIL

Corona , kau dari mana?

Kerana Corona, fakulti ditutup.
Kerana Corona, peperiksaan ditangguhkan.
Kerana Corona, kita diperintahkan berkurung.


Persoalannya,
“Corona, kau dari mana?”


Kerana sebuah virus kecil yang tak mampu dilihat melalui pancaindera, memberi impak yang besar terhadap dunia.
Penularannya lincah melalui udara,
Dari sebuah negara ke sebuah negara,
Sehingga kini, hampir seluruh pelusuk dunia dijangkiti kau, Corona.


Corona, kau dari mana?
Kerana engkau, ramai manusia menjadi gila,
menunjukkan belang sebenar dalam diri mereka.
Ada yang melakukan pemulauan bangsa,
Ada juga yang membeli barangan secara rakus tanpa memikirkan keperluan mereka yang lebih memerlukan.
Ada pula yang pendek akal memilih untuk bersiar-siar ke luar negara dek kerana harga tiket yang jauh lebih murah dari yang biasanya.


Corona, kau dari mana?
Sehingga kini dunia masih tidak menemukan penawar untukmu.
Sehingga kini dunia menjadi tidak tentu arah sejak kedatanganmu.


Mungkin ini peringatan dari Tuhan ,
Untuk kita yang sentiasa lalai dan yakin bahawa hari esok pasti ada buat kita.
Sedarlah daripada lena, kerana perancangan-Nya lebih besar dari segalanya.
Moga kita masih diberi peluang untuk sentiasa mempersiapkan diri menghadap-Nya.
Dalam masa yang terdekat , ataupun tidak, hari itu pasti akan tiba.

Nieyl, 170320.
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :