بسم الله الرحمن الرحيم

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat yang telah menunjukkan nilai teladan yang baik kepada umat manusia juga menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para da’i.

Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Berikutan dengan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Presiden Mesir, beliau telah mengeluarkan arahan supaya segala aktiviti atau program yang melibatkan perkumpulan secara besar-besaran haruslah dibatalkan. Maka, kami juga ingin memaklumkan bahawa segala aktiviti atau program akan ditunda dalam jangka masa lebih kurang 2 minggu sehingga tarikh yang diberitahu. Selain itu, dukacita untuk dimaklumkan bahawa tempahan teratak juga akan diberhentikan buat sementara waktu.

Diharapkan semua ahli dapat menggunakan masa yang terluang dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah, serta dapat mengurangkan pergerakan ke luar rumah melainkan untuk perkara-perkara yang mustahak sahaja.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

Wallahu A’lam.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Muhamad Hakimi Bin Jamaludin

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

 

Nurul Afifah Hanan Binti Muhamad Shukri

Naib Pengerusi II,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :