بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat ke atas junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-12 pada 14 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap apa yang diperbahas dan diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut akan membuahkan hasil dan membawa PCI lebih progresif memacu ke hadapan. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCI juga telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baru yang akan mengemudi PCI dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi Iskandariah Bandar Bayu Mediterranean.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Perkara 1 (3):

PENGURUSAN:
3) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

BilPortfolioAhli Jawatankuasa TertinggiNombor Tel.
1.Pengerusi
Muhammad
Afif Sidqy
bin Abdul
Rahim
+20128133147 (Ws/Telefon)
2.Timbalan Pengerusi (TP)  
Syahindah
binti
Kamaruddin
+201122296081 (Ws/Telefon)
3.Naib Pengerusi 1 (NP 1)


Muhamad
Hakimi bin
Jamaludin
+201140333145 (Ws/Telefon) 
4.Naib Pengerusi 2 (NP 2)


Nurul Afifah Hanan binti
Muhamad
Shukri 
+60197399790 (Ws)
+201111422036 (Telefon)
5.Ketua Jabatan Setiausaha-Biro Penerbitan & Penerangan (JSU-BPP)


Muhammad Aiman
Hakim bin Ariffin
+20101 954 8907 (Ws/Telefon)
6.Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha-Biro Penerbitan & Penerangan (JSU-BPP)


Rashiqah
Izzati binti
Ismail
+201282719112 (Ws/Telefon) 
7.Ketua Jabatan Bendahari-Biro Ekonomi (JBIKON)

Muhamad
Zulqarnain bin
Al Amin
+601118574722 (Ws)
+201206211008 (Telefon) 
8.Timbalan Ketua Jabatan Bendahari-Biro Ekonomi (JBIKON) Nurul Afiza binti
Ahmad
Nasrul
+601114583416 (Ws)
+201150013252 (Telefon)
9.Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI )
Muhamad
Amirul
Anas bin
Mazlan
+601140242212 (Ws)
+201114502924 (Telefon)
10.Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI )
Nur
Maisarah
binti
Mohd
Shariff
+601120901455 (Ws)
+201111814626 (Telefon)
11.Ketua Biro Akademik (BCAD) 

Ahmad
Muaz bin
Hilmi
+60 12636 4700 (Ws)
+201011879964 (Telefon) 
12.Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD) 
Nurul
Husna
binti
Mohd
Zakhir
+201014859341 (Ws/Telefon)
13.Ketua Biro Kebajikan-Biro Perumahan-Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BCARE-BHOME-BSAL)
Aiman bin Nizar+60 13941 1608 (Ws)
+20112 379 9166 (Telefon)
14.Timbalan Ketua Biro Kebajikan-Biro Perumahan-Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BCARE-BHOME-BSAL)
Husna
Najihah
binti
Zulkifli
+201282717497 (Ws/Telefon)

Dengan ini, maka bermulalah gerak kerja setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dalam usaha membantu ahli dan memberi khidmat terbaik kepada ahli, sekaligus membawa PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2020/2021 ke arah yang lebih baik selari dengan tuntutan Amal Islam. Tiada pimpinan tanpa ahlinya, maka kami di barisan kepimpinan sesi ini mengharapkan sokongan dan dokongan serta komitmen daripada setiap ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dalam menjayakan pembawaan yang telah dipersetujui bersama. Akhir kata, suka untuk saya mengajak semua untuk mentadabbur ayat quran dari surah al-Maidah ayat yang ke-2 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab seksa-Nya.”

Wallahualam.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

Syahindah binti Kamaruddin
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2020/2021.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :