DEFINISI USUL

Usul adalah cadangan yang dibawa oleh ahli ke dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan untuk dibahaskan oleh semua perwakilan:

  • Usul bersifat lebih menyeluruh dalam gerak kerja dan memberi kesan yang besar kepada dasar pembawaan tahunan PERUBATAN Cawangan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dan ahli.
  • Usul yang dibawa boleh menyentuh aspek pembawaan PERUBATAN Cawangan, gerak kerja PERUBATAN Cawangan serta penyelesaian masalah kritikal dalam PERUBATAN Cawangan.
  • Usul tidak boleh mengubah perlembagaan PERUBATAN. Usul untuk mengubah perlembagaan hanyalah boleh dibawa dan dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN.

DEFINISI CADANGAN

Cadangan adalah suara yang dibawa oleh ahli dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) yang mempunyai skop yang lebih kecil dan mampu mengubah gerak kerja PERUBATAN Cawangan tersebut.

PERBEZAAN USUL DAN CADANGAN

USUL

ETIKA USUL MTC

  1. Usul hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, iaitu:
  2. Usul yang dibawa di peringkat MTC tidak boleh bercanggahan dengan Perlembagaan PERUBATAN.
  3. Isi usul harus munasabah, masih dalam kemampuan PERUBATAN Cawangan dan memberi kebaikan kepada persatuan secara keseluruhannya.
  4. Setiap usul mestilah berpandukan definisi usul yang telah ditetapkan.
  5. Ayat penyataan usul haruslah dengan Bahasa Malaysia dan tidakbercampur dengan perkataan ringkas dan bahasa asing melainkan kata nama khas.
  6. Setiap lafaz dan frasa dalam usul haruslah boleh/mampu dibahaskan oleh Perwakilan MTC.
  7. Setiap usul yang diberikan harus menggunakan kata-kata yang sopan, ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
  8. Setiap ahli matang boleh membawa lebih daripada satu usul.
  9. Pencadang boleh mempromosi usul-usul mereka, sama ada di laman sosial, penerangan di dewan kuliah dan sebagainya. Antara sebab-sebab promosi ini dibenarkan adalah untuk:
    1. Pencadang usul boleh mengajak semua ahli cakna dengan isu-isu dan keadaan di sekeliling mereka.
    2. Menggalakkan ahli-ahli bersuara menyatakan pendapat dan idea masing-masing berkenaan isu yang diketengahkan.
  10. Pihak jawatankuasa pelaksana MTC tidakakan sama sekali membantu pencadang usul untuk mempromosikan usul-usul mereka.
  11. Adab dan etika perlu dipandang serius semasa mempromosi usul demi keharmonian bersama.
  12. Pencadang usul mestilah bersedia dengan hujah yang kukuh untuk melalui perbahasan dalam MTC.
  13. Usul yang ingin dibawa mestilah diserahkan kepada Jabatan Setiausaha (JSU) PERUBATAN Cawangan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan.

STATUS USUL SELEPAS DICADANGKAN

Usul-usul yang dicadangkan akan melalui proses perbincangan di peringkat Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan bagi membezakan kategori usul dan cadangan. Mana-mana usul yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat akan diuar-uarkan beberapa hari sebelum tarikh MTC bergantung kepada bilangan usul serta isu yang diketengahkan.

Untuk menghantar usul sila klik pada pautan yang disediakan:

https://forms.gle/YuWrwA3XYPdMxtGw6

DISEDIAKAN OLEH:

“Kita Keluarga PERUBATAN”

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC),

PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2019/2020.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :