‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera kepada seluruh warga Iskandariah.

Bersempena dengan suasana pilihan raya di bumi Iskandariah, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan Iskandariah telah selesai mengadakan Hari Pencalonan, Pengumuman Senarai Nama Calon Fasa I serta Hari Pengenalan Calon.

Kini telah tiba saat yang dinantikan iaitu Pengumuman Senarai Nama Calon Fasa II bagi JPC 2019 setelah saringan.


Berikut adalah senarai nama Calon Fasa II JPC 2019

Pengerusi:

  1. MUHAMMAD AFIF SIDQY BIN ABDUL RAHIM

Tahun 4 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Mengoptimumkan fungsi jabatan dan biro PCI dengan melaksanakan penyelarasan gerak kerja sekurang-kurangnya sekali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : LUTFIL HADI BIN ABDUL MALIK

Tahun 6 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : AMEIR HAMZAH BIN NUHAIRI

Tahun 6 Kuliah Perubatan

(MENANG TANPA BERTANDING)


Timbalan Pengerusi:

  1. SYAHINDAH BINTI KAMARUDDIN

Tahun 5 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Menggiatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan ahli di Iskandariah dengan melaksanakan slot penerangan mengenai penghayatan ilmu dalam aktiviti akademik dan pembangunan modal insan bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : AMYRAH AINA BINTI MOHD ZAMRI

Tahun 5 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : NUR FAZREEN BINTI AHMAD PADIL

Tahun 2 Pergigian

(MENANG TANPA BERTANDING)


Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Lelaki:

  1. MUHAMAD ZULQARNAIN BIN AL AMIN

Tahun 2 Kuliah Pergigian

Manifesto : Memperkasakan kemahiran ahli PCI melalui sumber BPP yang sedia ada dengan melaksanakan kelas seni grafik dan media sekurang-kurangnya 3 kali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN ARIFFIN
Tahun 5 Kuliah Perubatan

PENYOKONG: MUHAMAD HAKIMI BIN JAMALUDIN

Tahun 3 Kuliah Perubatan


  1. AHMAD MUAZ BIN HILMI

Tahun 2 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Meningkatkan penguasaan kemahiran klinikal ahli dengan melaksanakan aktiviti di bawah Health Academy secara terbuka dengan ahli PCI sekurang-kurangnya 2 kali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : AHMAD ASYRAF BIN HASHIM

Tahun 6 Perubatan

PENYOKONG : MUHAMMAD UBAIDAH BIN MD ARIFF MARICAR

Tahun 3 Perubatan


  1. MUHAMAD AMIRUL ANAS BIN MAZLAN

Tahun 4 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Meningkatkan kefahaman ahli PCI tentang Sistem Infaq Berunit (SIB) dengan mensasarkan kadar sebaran berkenaan SIB sekurang- kurangnya 3 kali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : MUHAMMAD UMMAR UTHMAN BINTI MOHD NAZRI

Tahun 5 Kuliah Pergigian

PENYOKONG: MUHAMAD ANIQ BIN JAMALUDIN

Tahun 3 Kuliah Perubatan


  1. AIMAN BIN NIZAR

Tahun 4 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Menjaga kebajikan ahli PCI dengan menjalankan kajian penyaluran Tabung Kasih Sayang (TKS) dengan lebih efisien sekurang-kurangnya sekali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : MUS-AB BIN NASIR

Tahun 6 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : AHMAD ASYRAF BIN HASHIM

Tahun 6 Kuliah Perubatan

(MENANG TANPA BERTANDING)


Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Wanita:

  1. NUR MAISARAH BINTI MOHD SHARIFF

Tahun 2 Kuliah Pergigian

MANIFESTO : Meningkatkan biah solehah dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dengan memperkasakan Tafaqquh, Madrasah Nabawiyah dan Tazkirah Kuliah dalam gerak kerja Biro Pembangunan Insan (BPI) bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : ‘IZZAH AFIFAH BINTI ISMAIL

Tahun 3 Kuliah Pergigian

PENYOKONG : NUR ALIAH KAMILIA BINTI SHUHAIZAT

Tahun 2 Kuliah Pergigian


  1. NURUL AFIZA BINTI AHMAD NASRUL

Tahun 2 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Meningkatkan kemahiran klinikal dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dengan mengoptimumkan fungsi Alexandria Medical Team (AMT) bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : NURSYAHIRAH FASIHAH BINTI HASLIZAN

Tahun 5 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : QISTINA IZZATI BINTI AZRIN

Tahun 2 Kuliah Perubatan


  1. HUSNA NAJIHAH BINTI ZULKIFLI

Tahun 3 Kuliah Pergigian

MANIFESTO : Memperluas capaian sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) dengan menonjolkan peranan Unit Kebajikan (UCARE) setiap batch sebagai ejen sebaran maklumat bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : WAN NUR INSYIRAH ILHAMI BIN WAN ANUAR

Tahun 5 Kuliah Pergigian

PENYOKONG : NURUL AFIFAH HANAN BINTI MUHAMAD SHUKRI

Tahun 4 Kuliah Pergigian


  1. RASHIQAH IZZATI BINTI ISMAIL

Tahun 3 Kuliah Pergigian

MANIFESTO : Melahirkan pelapis dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) yang mahir dalam penghasilan poster dengan melaksanakan bengkel kemahiran media sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang sesi 2020/2021.

PENCADANG : ZAINUR NABILA BINTI ZAINUDIN

Tahun 4 Kuliah Pergigian

PENYOKONG : NURUL HUSNA BINTI MOHD ZAKHIR

Tahun 3 Kuliah Perubatan

(MENANG TANPA BERTANDING)


Sukacita dimaklumkan, secara rasminya keputusan Pilihan Raya Cawangan Iskandariah bagi sesi 2019.

Diharapkan semua ahli dapat bersatu bersama barisan kepimpinan dalam mengembleng masa dan tenaga dalam menerajui PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi hadapan seiring dengan Visi PERUBATAN,

“PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk professional sains kesihatan yang Rabbani dan Kompeten”.


Akhir kalam, sama-sama kita doakan keberlangsungan pergerakan JPC dan proses kepimpinan yang baru seiring dengan konsep Pemilihan Kepimpinan daripada Islam.

#PERUBATANKelasPertama

#MemimpinGelombangISLAH

#PCIdihatikami

“Berkat, Telus dan Cekap”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz

Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) 2019,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :