‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera kepada seluruh warga Iskandariah.

Bersempena dengan suasana pilihan raya di bumi Iskandariah, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah telah selesai mengadakan Hari Pencalonan untuk semua calon yang bakal bertanding bagi kerusi pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2020/2021.

Dengan ini dimaklumkan bahawa seramai seorang calon bakal bertanding bagi kerusi Pengerusi dan seorang calon bagi kerusi Timbalan Pengerusi manakala empat orang calon mahasiswa dan empat orang calon mahasiswi bakal bertanding untuk kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT).


Berikut adalah senarai nama Calon Fasa I JPC 2019

Pengerusi:

  1. MUHAMMAD AFIF SIDQY BIN ABDUL RAHIM

Tahun 4 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Mengoptimumkan fungsi jabatan dan biro PCI dengan melaksanakan penyelarasan gerak kerja sekurang-kurangnya sekali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : LUTFIL HADI BIN ABDUL MALIK

Tahun 6 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : AMEIR HAMZAH BIN NUHAIRI

Tahun 6 Kuliah Perubatan


Timbalan Pengerusi:

  1. SYAHINDAH BINTI KAMARUDDIN

Tahun 5 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Menggiatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan ahli di Iskandariah dengan melaksanakan slot penerangan mengenai penghayatan ilmu dalam aktiviti akademik dan pembangunan modal insan bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : AMYRAH AINA BINTI MOHD ZAMRI

Tahun 5 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : NUR FAZREEN BINTI AHMAD PADIL

Tahun 2 Pergigian


Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Lelaki:

  1. MUHAMAD ZULQARNAIN BIN AL AMIN

Tahun 2 Kuliah Pergigian

Manifesto : Memperkasakan kemahiran ahli PCI melalui sumber BPP yang sedia ada dengan melaksanakan kelas seni grafik dan media sekurang-kurangnya 3 kali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN ARIFFIN
Tahun 5 Kuliah Perubatan

PENYOKONG: MUHAMAD HAKIMI BIN JAMALUDIN

Tahun 3 Kuliah Perubatan


  1. AHMAD MUAZ BIN HILMI

Tahun 2 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Meningkatkan penguasaan kemahiran klinikal ahli dengan melaksanakan aktiviti di bawah Health Academy secara terbuka dengan ahli PCI sekurang-kurangnya 2 kali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : AHMAD ASYRAF BIN HASHIM

Tahun 6 Perubatan

PENYOKONG : MUHAMMAD UBAIDAH BIN MD ARIFF MARICAR

Tahun 3 Perubatan


  1. MUHAMAD AMIRUL ANAS BIN MAZLAN

Tahun 4 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Meningkatkan kefahaman ahli PCI tentang Sistem Infaq Berunit (SIB) dengan mensasarkan kadar sebaran berkenaan SIB sekurang- kurangnya 3 kali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : MUHAMMAD UMMAR UTHMAN BIN MOHD NAZRI

Tahun 5 Kuliah Pergigian

PENYOKONG: MUHAMAD ANIQ BIN JAMALUDIN

Tahun 3 Kuliah Perubatan


  1. AIMAN BIN NIZAR

Tahun 4 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Menjaga kebajikan ahli PCI dengan menjalankan kajian penyaluran Tabung Kasih Sayang (TKS) dengan lebih efisien sekurang-kurangnya sekali bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : MUS-AB BIN NASIR

Tahun 6 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : AHMAD ASYRAF BIN HASHIM

Tahun 6 Kuliah Perubatan


Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Wanita:

  1. NUR MAISARAH BINTI MOHD SHARIFF

Tahun 2 Kuliah Pergigian

MANIFESTO : Meningkatkan biah solehah dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dengan memperkasakan Tafaqquh, Madrasah Nabawiyah dan Tazkirah Kuliah dalam gerak kerja Biro Pembangunan Insan (BPI) bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : ‘IZZAH AFIFAH BINTI ISMAIL

Tahun 3 Kuliah Pergigian

PENYOKONG : NUR ALIAH KAMILIA BINTI SHUHAIZAT

Tahun 2 Kuliah Pergigian


  1. NURUL AFIZA BINTI AHMAD NASRUL

Tahun 2 Kuliah Perubatan

MANIFESTO : Meningkatkan kemahiran klinikal dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dengan mengoptimumkan fungsi Alexandria Medical Team (AMT) bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : NURSYAHIRAH FASIHAH BINTI HASLIZAN

Tahun 5 Kuliah Perubatan

PENYOKONG : QISTINA IZZATI BINTI AZRIN

Tahun 2 Kuliah Perubatan


  1. HUSNA NAJIHAH BINTI ZULKIFLI

Tahun 3 Kuliah Pergigian

MANIFESTO : Memperluas capaian sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) dengan menonjolkan peranan Unit Kebajikan (UCARE) setiap batch sebagai ejen sebaran maklumat bagi sesi 2020/2021.

PENCADANG : WAN NUR INSYIRAH ILHAMI BINTI WAN ANUAR

Tahun 5 Kuliah Pergigian

PENYOKONG : NURUL AFIFAH HANAN BINTI MUHAMAD SHUKRI

Tahun 4 Kuliah Pergigian


  1. RASHIQAH IZZATI BINTI ISMAIL

Tahun 3 Kuliah Pergigian

MANIFESTO : Melahirkan pelapis dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) yang mahir dalam penghasilan poster dengan melaksanakan bengkel kemahiran media sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang sesi 2020/2021.

PENCADANG : ZAINUR NABILA BINTI ZAINUDIN

Tahun 4 Kuliah Pergigian

PENYOKONG : NURUL HUSNA BINTI MOHD ZAKHIR

Tahun 3 Kuliah Perubatan


Sukacita dimaklumkan, mulai saat ini secara rasminya telah bermula sesi berkempen bagi semua calon, bermula dari 27 November sehingga 4 Disember 2019.

Oleh itu, semua calon dan jentera perlu jelas mengenai syarat-syarat berkempen dan bantahan yang disediakan, antaranya:

  1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan lain selain daripada PERUBATAN.
  2. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.
  3. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi.

Poster bercetak adalah dibenarkan dengan syarat:

  1. Salinan hendaklah dihantar kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) terlebih dahulu untuk semakan.
  2. Hendaklah bercop PERUBATAN.
  3. Hanya diedarkan di premis PERUBATAN.
  4. Tempat selain dari premis PERUBATAN, perlu mendapat keizinan pengarah JPC serta tuan premis.
  5. Hanya boleh ditampal pada bahagian yang disediakan di premis-premis yang dibenarkan.
  6. Rapat umum oleh calon hanya boleh menggunakan pentas pengenalan calon yang disediakan oleh JPC sahaja.
  7. Promosi calon oleh penyokong dalam sebarang program PERUBATAN mestilah meminta izin daripada penganjur majlis.
  8. Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  9. Kempen hanya dibenarkan selepas JPP dan JPC mengumumkan senarai calon (fasa 1) yang akan bertanding.
  10. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang bertanding.
  11. Mana-mana calon, pencadang atau penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPP atau JPC.
  12. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP dan JPC adalah muktamad.

Diharapkan semua ahli yang berkempen dapat mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kami. Harapan saya agar kita dapat berkempen dan memilih calon yang betul-betul layak untuk menerajui PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi hadapan.

Akhir kalam, sama-sama kita doakan keberlangsungan pergerakan JPC dan proses kepimpinan yang baharu seiring dengan konsep Pemilihan Kepimpinan daripada Islam.

#JOMPANGKAH
#JPC2019
#PCIdiHatiKami
#PERUBATANKelasPertama
#MemimpinGelombangISLAH

“Berkat, Telus dan Cekap”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz

Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) 2019,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :