السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‎

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahun demi tahun, sesi demi sesi, kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) silih berganti. Setiap detik waktu yang berlalu menjadi saksi kepada pelbagai bentuk coretan sejarah dalam meneruskan agenda kebajikan kepada pelajar. Ada yang menjadi pemimpin, dan ada juga yang dipimpin. Selama 13 tahun, PCI terus mencorak mahasiswa sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

 

PEMIMPIN YANG DIAMANAHKAN:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏

‎‏ “أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهْوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهْوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهْوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ” ‏

Dari Ibn Umar r.a. , dari Nabi SAW, beliau bersabda : “Ketahuilah setiap kalian ialah pemimpin, dan setiap kalian akan diminta untuk dipertanggungjawabkan atas yang dipimpin, penguasa yang memimpin manusia dia akan diminta untuk dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya, seorang lelaki (kepala keluarga) ialah pemimpin keluarganya dan dia diminta untuk dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya, dan seorang perempuan (isteri) ialah pemimpin terhadap keluarga rumah suaminya dan juga anak-anaknya dan dia akan diminta untuk dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya, dan budak juga pemimpin terhadap harta tuannya dan akan diminta untuk dipertanggungjawabkan terhadapnya. Ketahuilah, setiap kalian  bertanggungjawab atas yang dipimpinnya.”

(HR. Bukhari no.7138)

 

Menurut Tantawi, kriteria kemampuan yang harus ada pada seorang pimpinan adalah seperti berikut:

1) Melihat organisasi secara keseluruhan.

2) Mengambil keputusan.

3) Melaksanakan pendelegasian.

4) Memimpin sekaligus mengabdi.

 

Pandangan HAMKA berkenaan pemimpin :

Maksud pemimpin mengikut definisi Hamka  ialah “memimpin supaya tegak, membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh atau menarik bilamana tergelincir jatuh. Tegak ke muka bila bahaya datang mengancam”.

 

PILIHAN RAYA MENURUT KACA MATA ISLAM:

Bidang kepimpinan merupakan satu bidang yang amat dititikberatkan dalam Islam. Menurut al-Quran, kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan, memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi.

 

Firman Allah SWT:

‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

 

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. (Surah al-Baqarah :30)

 

Bagi melantik ketua, dunia hari ini lebih cenderung kepada proses demokrasi (pemilihan ketua daripada suara rakyat). Antaranya ialah melalui sistem pilihan raya.

 

Pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah dan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

 

Pilihan raya mengandungi 4 asas:

  1. Pengundi
  2. Calon
  3. Tugas/Peranan
  4. Proses Pilihan Raya

PILIHANRAYA PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH:

PERUBATAN Cawangan Iskandariah juga tidak terkecuali daripada catatan dan hambatan masa yang mendesak kepada silih bergantinya barisan kepimpinannya.

 

Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung di bawah PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi PERUBATAN Cawangan Iskandariah berjalan lancar dan selari dengan konsep syura Islam. Justeru, gerak kerja yang amanah, cekap, dan telus amatlah dititik beratkan bagi lebih memaksimumkan kualiti hasil yang bakal dikecapi bersama.

 

Pada tahun ini, JPC akan mengguna pakai sistem ‘pencalonan’ meneruskan tradisi sebagaimana yang telah diamalkan sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain. Ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah juga akan melalui beberapa fasa sepanjang pilihan raya berlangsung. Antaranya Fasa Pencalonan, Fasa Pengenalan Calon, Fasa Kempen dan Bantahan, akhirnya Fasa Pengundian.

 

TAKWIM PILIHANRAYA CAWANGAN ISKANDARIAH 2019

Setelah disusun jalur masa Pilihan Raya di peringkat PERUBATAN, maka Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Iskandariah 2019 akan mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Cawangan bagi PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi ini.

 

Butiran tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:

Perkara

Tarikh

Hari Jualan Borang Pencalonan

19-26 November 2019

Hari Pencalonan

27 November 2019

Hari Pengenalan Calon

28 November 2019

Tempoh Kempen & Bantahan

28 November – 4 Disember 2019

Hari Pengundian

5 Disember 2019

Pengumuman Keputusan

6 Disember 2019

SERUAN KEPADA SELURUH WARGA ISKANDARIAH:

Kepimpinan ialah amanah Allah SWT yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna seseorang itu telah menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah SWT di padang Mahsyar kelak.

 

Oleh itu, pengundi yang bijak serta cerdik sudah tentu akan memilih pemimpin yang berkelayakan memikul amanah dan tanggungjawab demi mencapai keredaan Allah.

 

Maka, kami bertindak selaku Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah 2019 ingin mengajak seluruh warga PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) agar memainkan peranan penting dengan melibatkan diri dan cakna untuk turut serta dalam pilihan raya kali ini.

 

Kami juga ingin mengingatkan kepada kalian bahawa pilihan raya melantik kepimpinan kali ini adalah tanggungjawab dan amanah kita bersama. Setiap satu undi anda amatlah bermakna!

 

Perubahan masa depan di tangan anda, bersikap amanah dalam proses pilihan raya kali ini

 

Siiru ala Barakatillah.

 

#PERUBATANKelasPertama

#MemimpinGelombangISLAH

#PCIdihatikami

 

“Berkat, Telus dan Cekap”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz

Pengarah ,

Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) 2019,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :