بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2019/2020 hampir menamatkan sesi pentadbiran yang telah pun menjangkau hampir 9 bulan sejak Februari 2019 yang lalu. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah 2019 menandakan bermulanya pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2020/2021.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Dengan ini, setelah disepakati sebulat suara oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2019/2020, dua orang AJKT lelaki yang dikekalkan ke sesi seterusnya ialah:

Muhamad Hakimi bin Jamaludin

Muhammad Aiman Hakim Bin Ariffin

Manakala dua orang AJKT wanita yang dikekalkan ialah ;

Nurul Husna binti Mohd Zakhir

Nurul Afifah Hanan binti Muhamad Shukri

Sehubungan dengan itu, 4 orang AJKT yang dikekalkan ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihanraya berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 27, Perkara 2 (b) yang menyatakan ;

b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Tahniah diucapkan kepada 4 orang AJKT yang telah dikekalkan dan diharapkan agar dengan ketetapan ini barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan lebih maju dan konsisten dalam gerak kerja pada sesi akan datang inshaAllah. Kami juga ingin menyeru agar seluruh ahli PCI sama-sama mengambil cakna akan pilihanraya cawangan Iskandariah pada kali ini kerana sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kita sebagai ahli untuk memilih pemimpin yang selayaknya selari dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud ;

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. al-Nisa’ ayat 58).

Sekian, terima kasih.

“PCI di Hati Kami’’

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Afif Sidqy Bin Abdul Rahim

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :