بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah yang telah mencurahkan segala nikmat kepada kita termasuklah sebaik-baik nikmat yang terbesar berupa iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad SAW, Rasul termulia berserta keluarga dan sahabat-sahabat Nabi semuanya.

Alhamdulillah, setelah hampir beberapa minggu pengurusan visa bagi seluruh pelajar di Iskandariah tergendala, akhirnya pihak Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menemukan jawapan daripada pihak universiti. Hal ini sekaligus meredakan sedikit keresahan pelajar-pelajar khususnya pelajar pergigian berkenaan masalah ini.

Seperti yang semua maklum, sebelum ini hampir semua proses permohonan visa bagi pelajar pergigian dan perubatan telah diuruskan oleh seorang pegawai di Fakulti Perubatan. Namun, mutakhir ini peningkatan pelajar pergigian menyebabkan sistem pengurusan visa terpaksa diselaraskan semula.

Hasil perbincangan bersama pihak ‘Dean’ Fakulti Pergigian, dimaklumkan bahawa proses pengurusan visa dan passport bagi pelajar pergigian telahpun berubah. Secara jelasnya, permohonan visa yang baharu bagi pelajar pergigian bukan lagi diuruskan oleh pegawai di Fakulti Perubatan sebaliknya akan diuruskan oleh Fakulti Pergigian.

Bagi pelajar perubatan, proses pengurusan visa masih lagi diuruskan oleh pihak Fakulti Perubatan. Manakala bagi pelajar farmasi, Biro Kebajikan sedang berusaha meneliti kembali kelancaran pengurusan visa yang diuruskan oleh pelajar itu sendiri.

Bagi mengelakkan sebarang masalah, Biro Kebajikan menegaskan bahawa sebarang proses pengurusan visa dan passport adalah mesti melalui Biro Kebajikan dan  pelajar dilarang sama sekali untuk berurusan dengan pegawai-pegawai yang berkenaan.

Konklusinya, kami berharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya demi memastikan proses pengurusan visa pelajar di Iskandariah akan terus berjalan dengan lancar. Diharapkan semoga Allah sentiasa membantu mempermudahkan segala urusan visa kita semua insya Allah.

Sebarang pertanyaan berkenaan visa dan passport, bolehlah merujuk terus kepada kami, Biro Kebajikan atau Unit Kebajikan batch (UCARE) masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Siiru ala Barakatillah.

“Together We Unite to Serve Our Community”

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Aiman bin Nizar

Ketua Biro Kebajikan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.

Husna Najihah binti Zulkifli

Timbalan Ketua Biro Kebajikan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :