بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Alhamdulillah, kita direzekikan untuk menempuhi madrasah Ramadan selama sebulan dan selesai juga meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal yang baru sahaja pergi meninggalkan kita. Semoga segala ibrah dan amalan yang berjaya dilaksanakan pada bulan-bulan tersebut dapat kita terus laksanakan sehingga ke akhirnya, insya-Allah.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekokosangan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanray Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya bioleh dipangku oleh Naib Pengerusi I”.

Sehubungan dengan itu , terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam perlaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai pemangkuan AJKT pada fasa kali ini;

Senarai Pemangkuan Portfolio AJKT Fasa 2

No. Jabatan/Biro Pemangku Tempoh Pemangkuan
1. Pengerusi

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim

Ahmad Asyraf bin Hashim

+201144435984

(Telefon/Whatsapp)

10 Ogos – 28 Ogos 2019
2. Jabatan Bendahari-Biro Ekonomi (JBIKON)

Mohamad Khuzaifah bin Mohd Jamia’ @ Mohd Jamek

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim

+201281336147

(Telefon/Whatsapp)

Muhammad Aiman Hakim bin Ariffin

+201019548907 (Telefon)

+60199872577 (Whatsapp)

19 Julai – 10 Ogos 2019

11 Ogos – 19 Ogos 2019

3. Biro Pembangunan Insan (BPI)

Muhamad Hakimi bin Jamaludin

Muhamad Ummar Uthman bin Mohd Nazri

+201014859341 (Telefon/Whatsapp)

22 Julai – 21 Ogos 2019
4. Biro Kebajikan – Perumahan (BCARE-BHOME)

Aiman bin Nizar

Ameir Hamzah bin Nuhairi

+201147733299 (Telefon/Whatsapp)

19 Julai – 19 Ogos 2019
5. Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)

Ameir Hamzah bin Nuhairi

Aiman bin Nizar

+201123799166 (Telefon)

+60139411608 (Whatsapp)

27 Ogos –

2 Oktober 2019

6. Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)

Muhammad Aiman Hakim bin Ariffin

Muhamad Hakimi bin Jamaludin

+201140333145 (Telefon/Whatsapp)

24 Ogos – 21 September 2019
7. Timbalan Pengerusi

Syahindah binti Kamaruddin

Madihah binti Sobree

+201125539936 (Telefon)

+60145219913 (Whatsapp)

10 Julai –

9 Ogos 2019

8. Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha (JSU)

Nurul Husna binti Mohd Zakhir

‘Izzah Afifah binti Ismail

+201023258986 (Telefon/Whatsapp)

22 Julai – 27 Ogos 2019
9. Timbalan Ketua Jabatan Bendahari-Biro Ekonomi (JBIKON)

Norhanani Hazirah binti Mohd Zaid

Nurul Afifah Hanan binti Muhamad Shukri

+201111422036 (Telefon)

+60197399790 (Whatsapp)

Nursabrina Farhanah binti Mohd Sabri

+201028144086 (Telefon/Whatsapp)

8 Ogos –

1 September 2019

2 September – 25 September 2019

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

“PCI di Hati Kami” 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah” 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati 

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim 

Pengerusi, 

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020. 

Syahindah binti Kamaruddin 

Timbalan Pengerusi, 

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020. 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :