Sumber: Page PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Iskandariah, 5 Jun 2019 – Telah berlangsungnya program mega tahunan iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri (MESRA) bertemakan “Syawal Dihayati, Ukhuwah Dipateri”. 

Sumber: Page PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Majlis tersebut bermula daripada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengah hari. Majlis dimulakan dengan takbir raya dan solat sunat hari raya serta khutbah, seterusnya disusuli dengan ucapan pembukaan dan perasmian daripada Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Abdullah Samsudin. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah serta cabutan bertuah untuk para hadirin yang bertandang ke majlis tersebut, sambil menikmati juadah yang disediakan.

Sumber: Page PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Kata Ex-Officio Program MESRA, Ameir Hamzah bin Nuhairi apabila ditemu ramah, “Tahniah diucapkan  kepada penggerak MESRA yang berganding bahu untuk menjayakan majlis sebegini dengan jayanya.”

“Terima kasih & tahniah kepada semua penggerak MESRA yang banyak berkorban bagi menjayakan majlis serta memeriahkan Hari Raya Aidilfitri kami di perantauan . Jazakumullah khairan khatira. Makanan sedap sangat !” kata Nur Farzana Binti Ahmad Anuar, Tahun 3 salah seorang pelajar Pergigian yang tidak pulang ke Malaysia bagi menyambut Hari Lebaran bersama sahabat-sahabat yang lain.

Diharapkan sambutan sebegini dapat menjadi ruang untuk semua pelajar serta para hadirin berkongsi kegembiraan suasana Hari Raya semasa di perantauan , Insya-Allah.

 

Disediakan oleh,

Ketua,

Biro Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :