ISKANDARIAH, 20 Jun 2019 – Telah berlangsungnya International Day iaitu program tahunan yang dianjurkan oleh pihak universiti Iskandariah untuk para mahasiswa-mahasiswi jurusan Perubatan berlainan bangsa dan negara khususnya.

Program tersebut bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam. Program dimulakan dengan pameran booth yang mewakili 8 buah negara. Antaranya, tidak lain dan tidak bukan Malaysia sendiri, Arab Saudi, Kuwait, Libya, Iraq, Palestin, Sudan dan tidak dilupakan Mesir sebagai tuan rumah.

Booth Malaysia juga berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam memperagakan budaya serta adat di Malaysia. Penerangan seperti kaum-kaum dan etnik-etnik yang tinggal di Malaysia dipamerkan di ruangan khusus  dan makanan tradisional seperti karipap dan Puteri Mandi turut disajikan kepada mereka  yang hadir ke booth Harimau Muda ini.

Kata Shafiq Azmi, mahasiswa Tahun 3 Perubatan, “Ia merupakan satu program yang bagus untuk mempromosikan budaya & adat Malaysia kepada pelajar negara lain. Harapan saya adalah booth Malaysia perlu dipamerkan dengan lebih banyak yang dapat menonjolkan suasana di Malaysia seperti model rumah kampung dan sebagainya.”

Program kemudian dihangatkan lagi dengan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang serta apresiasi kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang disampaikan sendiri oleh Prof. Dr. Hala Maklad, Pengarah IUMP ( International Undergraduate Medical Program).

Diharapkan program seperti ini menjadi medan kepada mahasiswa-mahasiswi mengenali budaya dan adat negara luar.

Disediakan oleh,

Ketua,

Biro Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :