بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pertama dan selamanya marilah sama–sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Alhamdulillah, kita direzekikan untuk bertemu bulan Ramadan pada tahun ini, bulan yang penuh dengan barakah serta kebaikan yang Allah sediakan untuk hamba-Nya yang beriman. Seperti yang semua sedia maklum, cuti musim panas bagi jurusan Pergigian telahpun bermula dan akan disusuli oleh tahun pra–klinikal bagi jurusan Perubatan serta Farmasi dan seterusnya tahun klinikal Perubatan.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai pemangkuan AJKT pada fasa kali ini;

Senarai Pemangkuan Portfolio AJKT Fasa 1 

No.

Jabatan/Biro

Pemangku

Tempoh Pemangkuan

1.

Naib Pengerusi II (NP II)

Madihah binti Sobree

Syahindah binti Kamaruddin

+201122296081 (Telefon/Whatsapp)

17 Mei – 2 Julai 2019

2.

Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD)

Nurul Afifah Hanan binti Muhamad Shukri

Norhanani Hazirah binti Mohd Zaid

+201120591529 (Telefon/Whatsapp)

20 Mei – 11 Jun 2019

   

3.

Timbalan Ketua Biro Kebajikan dan Biro Perumahan (BCARE-BHOME)

Husna Najihah binti Zulkifli

Nurul Husna binti Mohd Zakhir

+201014859341 (Telefon/Whatsapp)

31 Mei – 22 Julai 2019

 Norhanani Hazirah binti Mohd Zaid

+201120591529 (Telefon/Whatsapp)

23 Julai – 8 Ogos 2019

Syahindah binti Kamaruddin

+201122296081 (Telefon/Whatsapp)

9 Ogos – 16 Ogos 2019

4.

Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)

‘Izzah Afifah binti Ismail 

Zainur Nabila binti Zainudin

+201123560524 (Telefon/Whatsapp)

31 Mei – 2 Julai 2019

5.

Timbalan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)

Nursabrina Farhanah binti Mohd Sabri

 Syahindah binti kamaruddin

+201122296081 (Telefon/Whatsapp)

31 Mei – 10 Julai 2019

Madihah binti Sobree

+201125539936 (Telefon)
+60145219913 (Whatsapp)

11 Julai – 15 Ogos 2019

Husna Najihah binti Zulkifli

+201282717497 (Telefon/Whatsapp)

16 Ogos – 1 September 2019

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih. 

 

“PCI di Hati Kami” 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah” 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati 

Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim 

Pengerusi, 

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020. 

Syahindah binti Kamaruddin 

Timbalan Pengerusi, 

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020. 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :