بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.
Merujuk fasal 29 perkara 2 (e) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan ;
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN mengikut jawatan adalah seperti berikut:
Pengerusi
(e) Bertanggungjawab terhadap semua portfolio dalam PERUBATAN Cawangan
Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kekosongan jawatan dibawah mana-mana portfolio, penyusunan pemangkuan akan dilakukan oleh Pengerusi bagi menjamin kelancaran gerak kerja dan kebajikan ahli terjaga . Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:
1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
2) Menghadiri mesyuarat unit khas yang berkenaan.
3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh unit khas yang berkenaan.
Berikut merupakan jadual pemangkuan yang berkaitan :
Unit Khas | Pemangku | Tempoh Pemangkuan |
Pengarah Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) PCI
Ahmad Hazarul Afiq bin Mohd Zainun |
Pengerusi PCI
Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz |
23 Disember 2018 – 15 Februari 2019 |
Pengarah Unit Bait Muslim (UBM) PCI
Mohd Qarafi Bin Ridhuan Tee |
Naib Pengerusi I
Muhammad Aliff Akmal bin Mohamad Asri |
30 Disember 2018 – 15 Februari 2019 |
Pengarah PERUBATAN Frontliner (PROF) PCI
Afnan Mifdhal bin Abdullah Zawawi |
Ketua Jabatan Setiausaha (JSU)
Muhammad Ummar Uthman bin Mohd Nazri |
23 Disember 2018 – 15 Februari 2019 |
Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan portfolio tersebut, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Sekian, terima kasih.
“Menerajui PCI yang Progresif’
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati
Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019.