بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Disebabkan saudara Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa, Tahun 4 Pergigian tidak dapat meneruskan tugasan selaku Ketua Jabatan Bendahari & Biro Ekonomi (JB) (BIKON) bagi sesi ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jadi pemangkuan AJKT perlu untuk dilakukan.

Berikut merupakan jadual pemangkuan portfolio yang berkaitan :

Jabatan/Biro Pemangku Tempoh Pemangkuan
 

Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa

 

Ketua Jabatan Bendahari & Biro Ekonomi (JB) (BIKON)

 

 

Ameir Hamzah bin Nuhairi

 

 

Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL)

 

 

 

 

15 November 2018 – Februari 2019

 

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan portfolio tersebut, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

“Menerajui PCI yang Progresif’

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

 

Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019.

 

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :