Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam, dua nikmat yang terbesar dikurniakan Allah SWT kepada insan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Tidak ternilai pengorbanan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Umum mengetahui pasport dan visa bertindak sebagai identiti diri dan kebenaran daripada negara berkenaan untuk menetap di sesuatu tempat. Justeru, tempoh sah pasport dan visa amatlah penting sepanjang menetap di luar negara Malaysia.

Berikutan kenyataan daripada pihak kerajaan mengenai kenaikan harga barangan harian di seluruh Mesir secara mendadak  berbanding sebelumnya, tidak dapat tidak harga pembaharuan visa juga telah mengalami perubahan. Berikut  kami sertakan butiran bagi harga bayaran visa yang baharu.

Permohonan pembaharuan visa

Harga lama         :   LE620

Harga baharu     :   LE1150

Buat pengetahuan semua, kenaikan ini berkuat kuasa bermula pada 1 Julai 2018. Kami sedar kenaikan harga visa yang melambung tinggi cukup membebankan pihak mahasiswa apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Pihak kami sentiasa berusaha memastikan kebajikan dan keselamatan semua mahasiswa Iskandariah menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami menggesa mahasiswa di Iskandariah khususnya untuk segera mendapatkan visa yang sah dan sentiasa membawa pasport terutamanya ke kawasan panas (hotspot).

Bagi mahasiswa yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan, kami sedia membantu melalui sumbangan atau pinjaman Tabung Kasih Sayang (TKS) . Sebarang urusan boleh hubungi wakil Biro Kebajikan batch atau AJKT Biro Kebajikan (BCARE) di talian:

 

Ketua Biro Kebajikan          :   Muhammad Haziq bin Mohd Idris  (+201125080730)

Timbalan Biro Kebajikan   :   Wan Nur Insyirah Ilhami binti Wan Anuar  (+60148084173 – WhatsApp / +201119767398 – Telefon)

 

Sekian, terima kasih.

“Menerajui PCI Yang Progresif”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifaa, Ar-Rahmah”

 

Muhammad Haziq bin Mohd Idris

Ketua Biro Kebajikan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019.

 

Wan Nur Insyirah Ilhami binti Wan Anuar

Timbalan Ketua Biro Kebajikan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :