Iskandariah, 3 Mei 2018 – Telah berlangsungnya program tahunan di Iskandariah iaitu Kempen Smart Circle yang pada kali ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu “SCarlet: Raising Love Together”. Kempen ini telah bermula dari 8 April hingga 13 April 2018 dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti tersebut ialah Hari Apresiasi Mentor (HATI Mega), Pertandingan Status Bergambar, Twilight De Sahara dan riadah bola tampar.

“Jika SCarlet tidak diadakan pun, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mengadakan SC. Sebab apa? Sebab SC ini penting, yang mana dalam SC, kita akan dapat banyak input dan perkara-perkara yang perlu kita tahu sebagai individu Muslim di samping dapat menguatkan antara satu sama lain sebab dalam mukmin dan mukmin yang lain itu saling menguatkan,” ujar Zainur Nabila binti Zainudin, mahasiswi Tahun Dua jurusan pergigian merangkap Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar 2018/2019, apabila ditanya harapan mengenai Kempen SCarlet ini.

“Alhamdulillah dengan adanya Kempen SCarlet saya berpendapat bahawa kempen ini telah menjadi satu ‘booster’ untuk diri saya malah tidak disangkal lagi untuk ahli SC (Smart Circle) saya yang lain. Dengan adanya kempen ini, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan SC di samping dapat mengembalikan semula semangat untuk belajar dan meneruskan kerja Islam walaupun masing-masing sibuk dengan jadual yang padat dan tanggungjawab.”

Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019, saudari Mirza Aqila binti Ahmad Murat pula berkata, “Kempen SCarlet pada kali ini sangat menarik kerana mengutamakan aspek ukhuwah fillah dalam kalangan mentor dan mentee di samping turut memberi semangat kepada mentor melalui program HATI Mega. Harapan saya sempena pasca SCarlet ini, semua Smart Circle di Iskandariah dapat bergerak dengan lebih baik sekaligus memaknai slogan ‘SC Tunjang Tarbiah͛ bersama-sama.”

Jutaan terima kasih jazakumullahu khairan jaza͛ diucapkan kepada semua penggerak yang telah menjayakan program ini. Walaupun sekejap, manisnya tetap terasa. Semoga dengan penganjuran Kempen SCarlet memberikan seribu satu pengalaman baru dan kenangan yang manis kepada mahasiswa dan mahasiswi secara amnya. Sama-samalah kita menghadiri dan mengadakan usrah yang menjadi antara salah satu wasilah tarbiah. Usah sekadar menerima namun tanamkan juga azam untuk memberi juga.

Disediakan oleh,

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kempen SCarlet,

Mentor Council,

Biro Pembangunan Insan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :