Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat akramahullahu ajmain yang telah menunjukkan keteladanan yang baik kepada umat manusia juga menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para da’i. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 29, Nombor 2 (c):

  1. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN mengikut jawatan adalah seperti berikut:

Naib Pengerusi I

  1. d) Merancang dan menyusun takwim PERUBATAN Cawangan.

 

Sehubungan dengan itu, sebarang tempahan Teratak Iskandar PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) bagi tujuan mesyuarat atau aktiviti-aktiviti lain hendaklah dilakukan melalui Naib Pengerusi I dan II selewat-lewatnya sehari sebelum hari penggunaan. Setiap penggunaan hanya dibenarkan selepas tempahan disahkan oleh Naib Pengerusi I PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

 

Untuk sebarang tempahan, boleh menghubungi Naib Pengerusi I dan II PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI),  di butiran berikut:

Nama : MUHAMMAD ALIFF AKMAL BIN MOHAMAD ASRI
Akaun Facebook : Aliff Akmal Asri

Nombor Telefon & Whatsapp : +201124115122/+60132105774

Nama : MADIHAH BINTI SOBREE
Akaun Facebook : Madihah Sobree

Nombor Telefon & Whatsapp : +201125539936/+60145219913

Bagi mesyuarat atau aktiviti di bawah Biro-biro PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI), tempahan mestilah dilakukan oleh Ketua Biro atau Timbalan Ketua Biro atau Ketua Unit atau Timbalan Ketua Unit sebagai makluman serta memudahkan urusan biro masing-masing.

Untuk makluman semua ahli, setiap tempahan perlulah disertakan maklumat-maklumat berikut (Jadual 2) bagi memudahkan urusan penyusunan takwim:

 

BILANGAN ITEM-ITEM MAKLUMAT CONTOH
1. Nama penuh penempah Muhammad Haziq bin Hassan
2. Tahun dan kuliah pengajian 5 Perubatan
3. Tujuan tempahan teratak Mesyuarat, Smart Circle, program batch, jamuan, study group, kelas tambahan.
4. Tarikh penggunaan teratak 23 Mac 2018
5. Tempoh masa penggunaan teratak 10.00 a.m sehingga 7.00 p.m
6. Bilangan ahli yang terlibat 6 orang, 10 orang, 20 orang

(Jadual 2)

 

Untuk mendapatkan kunci teratak, ahli boleh berurusan dengan Ketua Biro atau Timbalan Ketua Biro masing-masing atau berurusan dengan Ketua Biro Perumahan (BHOME) dan Timbalan Ketua Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

 

Tempoh penggunaan teratak hanya dibenarkan sehingga jam 10.30 malam sahaja. Sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk menggunakan teratak lebih daripada masa yang ditetapkan, penempah perlu mendapat keizinan daripada Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

 

Kelulusan tempahan teratak adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) sesi 2018/2019. Diharapkan agar semua ahli dapat menggunakan teratak sebaiknya dengan berpandukan Etika Penggunaan Markas yang disediakan oleh Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

 

Sekian, terima kasih.

“Menerajui PCI yang Progresif”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

Muhammad Aliff Akmal bin Mohamad Asri

Naib Pengerusi I

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :